Berkenalan Lebih Setahun, Mamat Akhirnya Perkenal Kekasih

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berkenalan, Lebih, Setahun, Mamat, Akhirnya, Perkenal, Kekasih, Kumpulan Sepah, Mamat Sepah
Mamat dengan kekasihnya, Nurul Syafiqah Zakaria

Berkenalan Lebih Setahun, Mamat Akhirnya Perkenal Kekasih


Selepas berpecah dari Kumpulan Sepah, Mamat kini lebih selesa bergerak sendiri. bagi Mamat, apa yang berlaku antara dia dan kumpulan Sepah ada hikmahnya. Jelas Mamat dia sekarang lebih matang dan kuat untuk berdepan dengan apa jua jenis dugaan dihadapannya.

Melihat kejayaan dua rakannya sekarang, Mamat tidak langsung menyimpan dendam malah bersyukur dan gembira melihat kejayaan dua rakannya bersama Sepahtu yang jelasnya idea asal Sepah adalah datangnya daripada dia sendiri.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berkenalan, Lebih, Setahun, Mamat, Akhirnya, Perkenal, Kekasih, Kumpulan Sepah, Mamat Sepah


Hubungan mereka bertiga masih baik sehingga ke hari ini. Jika balik ke kampung, mereka akan berjumpa dan masih meluangkan masa bersama.

Satu majlis Anugerah Lawak Warna anjuran Astro yang telah berlangsung secara live di Istana Budaya. Mamat turut dilihat hadir ke majlis tersebut. Kedatangan Mamat yang didampingi seorang gadis cantik, mencuri lensa mata tetamu yang hadir. tidak melepaskan peluang yang ada, lantas Mamat didekati untuk merisik gerangan gadis.

Selepas dirisik, Mamat mengaku gadis tersebut merupakan tetamu istimewa hatinya sekarang. Lebih ringkas, kekasihnya sekarang selepas putus bersama Fida kira-kira 2 tahun lalu.

Gadis cantik manis yang mengenakan kurung peplum bewarna peach itu memperkenalkan dirinya sebagai Nurul Syafiqah Zakaria.

Ditanya sejauh mana seriusnya hubungan percintaan mereka, jelas Mamat dia mahu Syafiqah menumpukan pada pengajiannya terlebih dahulu.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berkenalan, Lebih, Setahun, Mamat, Akhirnya, Perkenal, Kekasih, Kumpulan Sepah, Mamat Sepah


“Saya nak dia (Syafiqah) habiskan study dia dulu. saya tak mahu nanti menggangu pelajaran dia. Bila dah selesai semua, baru kita rencana agenda seterusnya. Kalau nak kawin nanti, pasti saya umumkan.”

“Mula-mula kami tak terfikir nak serius pun. Lama kelamaan makin rapat dan terbit keserasian antara kami.”

“Dia jugalah menjadi tulang belakang saya sekarang selepas keluarga saya. Masa saya tengah ditimpa banyak gosip berat, dia sentiasa ada dengan saya.”

Mengenali Syafiqah lebih setahun lalu. Gadis berusia 23 tahun itu kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang International Business di MSU Shah Alam.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berkenalan, Lebih, Setahun, Mamat, Akhirnya, Perkenal, Kekasih, Kumpulan Sepah, Mamat Sepah


Di dalam perkembangan terbaharu, Mamat bakal membuat kemunculan semula bersama Rahim R2 dan Munir dalam pentas Maharaja Lawak Mega pada November ini dengan menggelarkan kumpulan mereka, KUCAI.

Comments

  1. Assalammualaikum... is,

    comeh... sokmo..

    mselim3

    pls: bukan orang klate..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mselim3, eh sokmo bukan ganu ker? hehehehe no hal kita 1 Malaysia boleh cakap jenis apa sahaja janji faham. memang comey lote woooo.

      Delete
  2. assalamualaikum is.. semoga berakhir ke jinjang pelamin.. aiza topup digi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Aiza, insyaallah mesti ke pelamin punya dorng berdua nie. terima kasih Aiza.

      Delete
  3. semoga berakhir kejinjang pelamin...simamat ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers