Radhi OAG Akui Bercinta Dengan Gadis 19 Tahun


radhi oag akui cinta gadis 19 tahun, radhi oag cinta ayu, Radhi OAG, kekasih radhi oag, gf radhi oag, album baru oag, oag, 3 duda, asheed def gab c, cd naz, Cerai, bercerai, failkan cerai, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 22 JAN 2013: Setelah hidup menduda sejak beberapa tahun lalu, vokalis kumpulan OAG, Radhi akui dia kini sudah mempunyai kekasih hati yang kini berusia 19 tahun.

Meskipun sudah mengenali gadis yang dikenali dengan nama Ayu itu sejak 3 tahun lalu, namun Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 36, memberitahu dia masih belum bersedia untuk berkahwin kali kedua.

"Saya mengenali Ayu sejak tiga tahun lalu dan saya bersyukur kerana dia sudi menerima saya yang sedang pulih daripada ketagihan dadah.

"Namun, saya belum terfikir untuk berkahwin kali kedua dalam masa yang terdekat. Setelah apa yang terjadi pada perkahwinan pertama saya, saya rasa saya perlu benar-benar bersedia untuk berumahtangga kembali.

"Lagipun bukan mudah untuk menjaga anak orang. Saya kini sedang mengukuhkan kerjaya dan menstabilkan kewangan saya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media album mini 3D di Hard Rock Cafe, petang semalam.

Radhi OAG dan bekas isterinya, Shazlin Shariff bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 8 Jun 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohd Rifdi Muslim yang kini berusia 8 tahun.

Bercakap mengenai dirinya yang kini baru setahun bebas daripada najis dadah dan keluar daripada pusat pemulihan dadah iaitu rumah Pengasih itu, Radhi memberitahu dia bersyukur kerana kali ini dia berjaya menghindarkan dirinya daripada tabiat lamanya itu.

"Saya bersyukur kerana saya kini sudah semakin pulih dan berjaya keluar daripada najis dadah. Namun begitu, selepas keluar daripada rumah Pengasih, saya perlu berhati-hati kerana banyak dugaan yang perlu saya lalui sendiri suoaya tidak terjebak kembali kepada tabiat lama itu.

"Bagaimanapun saya gembira kerana kali ini saya dapat rasakan saya benar-benar pulih setelah disokong oleh ramai pihak seperti keluarga, Ayu (kekasih) dan rakan-rakan," luahnya lagi.

Radhi OAG kini baru muncul dengan sebuah kumpulan bernama 3D atau 3 Duda menerusi album mini Roman Arogan yang turut dianggotai oleh Asheed Def Gab C dan CD Naz.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers