Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 22 JANUARI 2013: Penampilan Aizat pada malam Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL27) 6 Januari lalu telah mencuit hati ramai penonton dan peminat bekas bintang Akademi Fantasia itu. Dia telah tampil dalam sut kemas, imej dapper ala The Mad Men di zaman 60'an ketika mendendangkan lagu Terukir Di Bintang.
Turut menyelitkan karya agung, La Vie En Rose, Aizat telah membuatkan ramai yang memperkatakan konsep yang dipilihnya bersama iringan The Palauans dan tentu sekali imej misai yang dilihat melengkapkan keseluruhan persembahan untuk lagu juara AJL27.
Ketika ditemui pada malam majlis kesyukuran Terukir Di Bintang sempena kejayaan lagu itu ketika AJL 27 di kediaman keluarganya di Ampang Jaya, Ahad lalu, Aizat masih mengekalkan gaya misainya itu. Dia berkongsi kisah bagaimana tercetusnya idea untuk tampil dalam look sedemikian.
"Tahun lalu ketika saya mengikuti kursus pendek di United Kingdom, ketika itu misai tumbuh. Saya biarkan sahaja, tengok macam ok. So tak pula cukur, simpan dan jadilah macam ini.
"Buat masa ini saya tak mahu shave dahulu sebab sekarang tengah tembam sikit. Jadi untuk menutup sedikit tembam tu saya nak biarkanlah sekejap,"cerita Aizat seraya berseloroh mengenai imej terbarunya itu.
Bapa Aizat, Dato' Amdan telah berbesar hati menawarkan rumahnya untuk dijadikan lokasi bagi majlis kesyukuran tersebut. Pada asalnya majlis ini hanya untuk para peminat Yuna sahaja. Namun ada yang tampil menyuarakan idea bernas untuk mengadakan satu majlis meraikan semua.
"Saya meminta tolong kepada ayah untuk mengadakan sebuah majlis, tetapi dia telah menolong sehingga terjadinya malam kesyukuran Terukir Di Bintang ini. Walaupun idea awal hanya untuk peminat Yuna, tetapi bila digabungkan dalam majlis seperti ini, lebih banyak dapat dikumpulkan.
"Antara orang kuat di belakang majlis ini adalah ibu Yuna sendiri yang telah menghubungi pengurus saya, Anne untuk mengaturkan segala program pada malam ini. Majlis ini khas bagi menghargai semua pihak yang terlibat dengan lagu Terukir Di Bintang,"jelas Aizat mengenai majlis kesyukuran yang diadakan di kediaman bapanya tersebut.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.