Anugerah Seri Temasek Iktiraf Karyawan 3 Negara


Anugerah, Seri, Temasek, Iktiraf, Karyawan, 3, Negara, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 28 JANUARI 2013: Bukan sahaja memberi pengiktirafan dan dedikasi kepada karyawan Negara dan Singapura, namun kali kedua penganjuran Anugerah Seri Temasek yang bakal diadakan pada 2 Februari ini bakal meluaskan acara penganugerahannya kepada seniman Indonesia juga.

Kesemua artis di ketiga-tiga Negara yang terlibat itu bakal diraikan di Malam Gala Seri Temasek yang akan berlangsung di Hotel Fairmont, Singapura jam 8 malam.

Penasihat Anugerah Seri Temasek, Datuk Mustapha Ma'arof berkata, acara yang dianjurkan oleh Hann's Entertainment dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu berkata penganjuran kali ini diharap dapat mengeratkan silaturahim ketiga-tiga Negara untuk meluaskan indutsri filem Negara.

"Anugerah kali ini diadakan untuk mengiktiraf sumbangan dan dedikasi karyawan ketiga-tiga Negara dalam pembanggunan indusrti perfileman dan kesenian nasional bukan sahaja di Malaysia, malah Singapura dan Indonesia sama ada dalam bidang lakonan, nyanyian, pengarahan filem mahupun penulisan skrip.

"Kami percaya acara ini merupakan satu wadah berkesan bagi memperkembangakan aktiviti dan misi memajukan perfileman Malaysia terutamanya ke persada dunia seklaigus menyemarakan lagi kesedaran masyarakat khususnya di rantau ini tentang perkembangan perfileman Malaysia," katanya ketika siding media Anugerah Seri Temasek, petang semalam.

Selain inisiatif baru yang melibatkan artis Indonesia, pihak penganjur juga akan mengandakan inisiatif baru dalam mengandakan perbincangan panel mengenai Hala Tuju Industrii Perfileman Malaysia - Cabaran dan Harapan yang akan diadakan pada hari yang sama iaitu 2 Februari di Fairmont Hotel.

Dalam usaha untuk memperluaskan filem Malaysia ke Singapura dan Indonesia, Datuk Mustapha memberitahu filem KL Gangster akan ditayangkan menerusi slot Bicara Filem yang akan berlangsung pada hari yang sama Anugerah Seri Temasek itu diadakan.

"Pada masa ini, pawagam di Singapura tidak banyak menayangkan filem-filem Malaysia antara sebabnya kurang permintaan dan sambutan daripada Masyarakat. Dengan usaha menganjurkan Jamuan Malam Gala Seri Temasek, diharap minta masayarakat Singapura akan terbuka untuk menonton filem Malaysia.

"Jika dua tahun lalu, kami bawa filem Khurafat untuk ditayangkan di Singapura, kali ini kami membawa filem KL Gangster pula kerana ia merupakan filem Malaysia pertama meraih pendapatan box office sekitar RM12 Juta," jelasnya lagi.

Sebanyak 25 penerima akan menerima anugerah dalam pelbagai kategori termasuk Anugerah Lagenda Seri Temasek, Anugerah Pencapaian Seri Temasek dan Anugerah Khas Seri Temasek.

Acara yang diadakan setiap dua tahun sekali itu akan dimeriahkan dengan persembahan artis dari ketiga-tiga Negara seperti Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Bob Tutupoli, Taufik Batisah, Didie Alias dan sebagainya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers