KUALA LUMPUR, 29 JAN 2013: Belum sempat mengetahui punca sebenar pemansuhan Max 24:7, timbul pula kisah mengatakan bekas anggota kumpulan tersebut telah memburuk-burukan nama pengasas kumpulan ini iaitu Aeser Mustafa.
Istimewa untuk pembaca murai.com.my.com, Aeser Mustafa telah tampil ke depan untuk menceritakan segala yang berlaku sepanjang dia bersama ahli kumpulan ini sehinggalah pemansuhan kumpulan yang dibarisi 10 anak muda iaitu Iym, Kim, Mieral, Fifi, Aar, Hans, Jaq, Eykal, Virgo dan O.B.
Kata Aeser, selama dia akur dengan segala tangapan orang terhadap mereka dan menganggap mereka masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.
"Dalam tempoh 2 tahun, pelbagai liku dan kutukan yang dilemparkan kepada mereka. Tapi, saya cuba menepis dengan baik. Saya yang mencipta mereka. Dari masa ke semasa saya juga masih belajar cara-cara pengurusan..
"Saya tidaklah sehebat mana, cuma saya rasa saya telah menjaga ,melatih dan mempromosi mereka dengan baik dan lancar. Ada saja aktiviti menarik yang mereka sertai dan banyak pentas-pentas besar dan utama saya telah jayakan.
"Dalam era industri hiburan sekarang ini, mencari peluang persembahan bukannya mudah, tapi syukur Alhamdulillah, saya selalu dimurahkan rezeki dan orang mula percaya dengan kehadiran Max 24:7.
"Saya tidaklah kaya seperti syarikat pengurusan atau rakaman yang lain. Pun begitu, saya mempunyai semangat yang tinggi dan usaha yang gigih buat mereka Untuk menaikkan nama mereka," katanya kepada murai,com.my.
Menurut Aeser Mustafa lagi, pelbagai kesukaran yang dia hadapi kerana setiap kali berusaha mendapatkan peluang persembahan ada pihak promoter yang menganggap bahawa kumpulan ini masih mentah.
"Tapi alang-alang menyeluk pekasam, saya memegang prisip diri jangan berputus asa, oleh itu, saya kuatkan juga semangat untuk menaikkan merek. Sungguhpun ada orang mengatakan bahawa kerja aesar menjaga 10 artis ini akan membuatkan Aesar gila.Tapi saya kuatkan lagi semangat saya bahawa saya yakin Max24:7 boleh dinaikkan ke peringkat yang lebih baik.
"Namun, 10 hati,10 kepala yang berbeza..Saya kena bijak seimbangkan kasih sayang kepada mereka agar mereka tidak rasa terabai. Cuma saya ingin bagi tahu disini ialah bilangan yang terlalu ramai ini mungkin menyusahkan komunikasi. Sebenarnya lagi ramai,lagi banyak yang bercakap tanpa berfikir.
"Walau ada peritnya,tapi inilah jalan yang saya pilih. Saya tetap teruskan. Ada kala nak marah pun tak sampai hati. Sebab memikirkan generasi zaman sekarang bukan seperti zaman pembelajaran saya. Saya kena ikut juga rentak dan kemahuan mereka,
"Kekadang mereka lupa bahawa pentingnya mengenal orang-orang penting dalam industri. Saya selalu kata, belajar mengenal semua yang terlibat dalam industri ini. Saya banyak menerima rungutan dari orang luar bahawa Max 24:7 selalu membawakan watak angkuh dan kurang senyum apa lagi pergaulan mesra.
"Oleh itu, saya berpendapat di sini untuk menjaga 10 orang ahli dalam Max24;7, jadi saya bagi pihak pengurusan kena jugamencukupkan kakitangan saya. Jadi perbelanjaan akan menjadi lebih tinggi. Oleh kerana itu, saya selalu menyarankan mereka agar bersikap dewasa sedikit agar orang tidak mengatakan mereka kebudak-budakan atau terlalu manja," katanya.
Jelas Aeser lagi, dia turut menyediakan sediakan studio latihan untuk mereka berlatih.
"Studio ini memang saya bina khas untuk mereka sebenarnya.Mereka sepatutnya memanfaatkan peluang ini. Jarang ada artis di Malaysia ini punya tempat untuk latihan sendiri seperti mereka. Kalau nak pun kena sewa atau bayar sendiri.
"Dari sudut pendapatan pula, MAx yang belum popular ini masih dibayar dengan harga rendah..Mungkin pihak penganjur menganggap kumpulan ini belum cukup popular dan dari segi kualiti pula masih belum meyakinkan.
"Sebab itulah sebut tentang harga, kita masih tak boleh demand dan duit yang diperolehi pula dibahagi ramai-ramai..Maka itu, mereka sering tidak puas atau merasakan jumlah yang kecil sebagai pendapatan mereka. Apa sekalipun, memang bukan mudah nak dibayar mahal. Semuanya tergantung kepada sebagus mana atau popular mana artis itu..
"Antara pentas besar yang saya telah berjaya masukkan mereka ialah pentas utama Hari jutaan belia bersama UKISS, KPOPNYA RAYA ASTRO RIA, fUNDANCE rtm sempena krismas dan NEW YEAR DATARAN MERDEKA(LIVE DI RTM) serta banyak lagi pentas kementerian dan luar mereka telah sertai.
"Kesimpulannya, mereka tidak bersyukur dengan apa yang mereka telah perolehi selama ini. Perkataaan terima kasih sukar saya dengar dari mulut mereka. Hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.
"Alasan besar penarikan diri mereka ialah saya tidak berjaya melonjakkan nama mereka dengan sukses. Mereka merasakan segala usaha agak kosong dari 2 tahun lepas. Sedihnya saya mendengar alasan itu, sedangkan saya telah berusaha gigih," katanya mengangkhiri perbualan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.