Ifa Raziah: Belum Ada Waris Tampil Mohon Maaf


Ifa Raziah, Belum, Ada, Waris, Tampil, Mohon, Maaf, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 JAN 2013: Penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah akui masih belum lagi menerima maklumbalas daripada waris pelajar Tahun 5 daripada sebuah sekolah swasta yang sebelum ini didakwa telah menolak anaknya, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, sehingga mengalami kecederaan teruk.

Ifa yang dihubungi sebentar tadi sedang menguruskan proses discaj anaknya itu di Hospital Pakar KPJ Tawakkal. Pelajar Tahun 2 yang menuntut sebuah sekolah swasta aliran agama di Gombak tersebut telah dimasukkan ke hospital swasta berkenaan setelah pihak Kecemasan HKL enggan menempatkan anak Ifa Raziah di mana-mana wad kerana menganggap ia tidak terlalu serius.

Melihat keadaan anak yang dalam kesakitan, Ifa telah membuat keputusan untuk menghantar anaknya itu ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal yang kebetulan terletak berdekatan dengan HKL. Dengan nada kesal, dia menceritakan tragedi yang menimpa anak keduanya itu.

"Sudahlah ibu bapa atau waris kepada pelajar yang menolak anak saya itu tidak mengambil sebarang tindakan atau bertanggungjawab ke atas hal ini, hospital pun ingat luka anak saya itu tidak terlalu serius. Macam mana lagi nak serius? Kalau dah sampai dalam macam tu lukanya.

"Saya masih menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak sekolah yang berjanji akan melakukan siasatan lanjut dan akan bertanggungjawab untuk menilai kes ini. Ini bukan perkara yang boleh dipandang remeh kerana saya sendiri boleh melihat kecederaan anak saya.

"Kecederaan disebabkan ditolak sampai macam itu, ia sangat serius. Ia juga akan meninggalkan parut yang kekal pada muka anak saya. Jika tiada tindakan lanjut daripada pihak bertanggungjawab, saya akan bawa perkara ini ke muka pengadilan. Setidak-tidaknya ia boleh dijadikan pengajaran kepada umum,"ujarnya tegas.

Pengacara dan pelakon popular ini faham dengan undang-undang yang ada tidak tertakluk kepada budak di bawah umur. Tetapi ini tidak bererti boleh dilupakan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan sebagai pengajaran buat pihak yang bersalah.

Rentetan daripada kes ini, anak kedua Ifa Raziah dan Mohd Yani itu telah menerima 6 jahitan setelah ditolak pelajar Tahun 5 itu menyebabkan luka dalam di dahi kirinya. Malah, Aqili juga telah menjalani pemeriksaan CT Scan (imbasan otak) untuk mengenal pasti jika terdapat gegaran pada otaknya setelah jatuh akibat ditolak.

Di akhir perbualan, Ifa Raziah turut melahirkan rasa syukur setelah melihat kesihatan anaknya yang semakin pulih. Namun sebagai ibu, dia bimbang berlakunya kesan jangkamasa panjang akibat kejadian yang menimpa anaknya itu.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada peminat dan rakan artis yang memberikan ucapan dan mendoakan kesihatan malah ada juga yang datang melawat Muhammad Shakir Aqili di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, di ibu negara.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers