Hans Isaac Belum Sedia Umum Siapa Neelofa Di Hatinya


hans issac, Hans Issac, neelofa hans issac bercuti di thailand, neelofa, bercinta, mengaku bercinta, serik bercinta, gosip bercinta, tak mengaku bercinta, pasangan bercinta, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2013: Hubungan rapat yang terjalin di antara pelakon, pengarah dan penerbit kacak, Hans Isaac dengan aktres muda, Neelofa yang kini bergelar pengacara, bukanlah menjadi satu rahsia lagi.

Sudah banyak bukti malah mereka juga tidaklah terlalu berselindung dengan perhubungan mereka yang diklasifikasikan sebagai rapat itu.

Namun, pada waktu yang sama, kedua-dua belah pihak seolah-olah seperti tidak mahu mengesahkan tentang status sebenar hubungan mereka yang rapat itu. Jika dahulu Neelofa pernah berkata dia tidak mahu menjadi orang di sebelah pihak sahaja yang bercakap mengenai status mereka sahaja, kini Hans Isaac juga turut mengambil pendekatan yang sama.

Menurut Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac itu, dia tidak mahu lagi menghebah-hebahkan perkara yang dia sendiri belum tahu atau belum pasti, misalnya tentang bakal isteri atau teman wanitanya kini. Salah satu sebab kerana dia belajar daripada kesilapan lalu kerana bagi Hans perpisahan itu satu perkara yang amat menyakitkan.

"Ini bukannya masa yang sesuai untuk saya bercakap atau menyebut nama siapakah bakal isteri atau teman wanita saya. Bukan belum bersedia tetapi saya tidak mahu bercakap dahulu mengenai hal ini.

"Anda semua pun tahu dengan apa yang telah dan pernah berlaku dahulu. Bila benda (percintaan) tu tak berlaku, putus di tengah jalan, saya juga yang kena. Saya yang dipersalahkan. Media bantai saya kiri dan kanan.

"Kalau semua nak tahu, saya terpaksa ambil masa dua tahun untuk pulihkan perasaan dan lupakan semua itu. Saya tidak mahu sekali lagi melalui benda-benda tersebut. Mungkin juga saya agak serik dengan apa yang berlaku dulu kerana ramai orang tidak percaya denga apa yang saya cakap.

"Kali ini biarlah saya sendiri akan cakap kalau sudah pasti apa dan siapa jadi pilihan saya,"ujar Hans ketika ditemui di sidang media filem Lawak Ke Der 2 di La Primiere Hotel, Kuala Lumpur.

Hans Isaac memandang serius hal perhubungan ini kerana pada peringkat sekarang dia mahu mencari wanita atau perempuan untuk dijadikan isterinya selama-lamanya dan bukannya sekadar mahu mengikut teman-teman atau faktor usia yang makin meningkat.

Comments

  1. sian hans.. semanjang tak jadi aje kalau bercinta..so kali bio le rahsia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah Hans nie senang je, nak bercinta bagi menjadi kena ubah niat dan tujuan asal, masuk Islam untuk jadi orang Islam, bukan sebab nak tackel awek yg beragama Islam, dan hanya semata-mata nak berkahwin dengan awek Islam, jadilah orang yang masuk Islam hanya semata-mata kerana Allah S.W.T, mesti masyuk punya.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers