Afiq AF5 Disingkirkan Kerana Tak Jujur, Masalah Disiplin


Afiq, AF5, Disingkirkan, Kerana, Tak, Jujur, Masalah, Disiplin, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 22 JAN 2013: Punca mengapa bintang Akademi Fantasi 5, Afiq digugurkan secara tiba-tiba daripada kumpulan The Faboluos Cats (TFC) terjawab apabila dia didakwa bersikap tidak jujur dan mempunyai masalah disiplin.

Senior Eksekutif Promosi Nova Music Sdn Bhd, Ruslan Moktar memberitahu pihak mereka akan menggugurkan Afiq AF5 selepas penyanyi itu didapati bersikap tidak jujur dengan menyertai ahli kumpulan nyanyian lain di sebuah label yang lain selain mempunyai masalah disiplin kerja.

"Baru-baru ini, tanpa pengetahuan Nova Music kami dapati Afiq telah muncul dengan single terbaru bersama kumpulan lain. Malah kumpulan nyanyian itu juga adalah daripada label lain.

"Sebelum ini, kami hanya diberitahu Afiq yang dia merakamkan lagu bersama kumpulan lain hanya sekadar suka-suka dan bukan muncul secara serius dalam bentuk single , lebih-lebih lagi dibawah label yang lain.

"Tindakannya itu membuat kami rasa dia bersikap seperti tidak jujur dengan label kerana dalam masa yang sama dia juga turut merakamkan single bersama TFC.

"Jadi pihak Nova Music dengan ini tidak boleh bertoleransi dengan sikapnya lebih-lebih lagi kami diberitahu dia juga mempunyai masalah disiplin kerja," jelasnya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Menurut Ruslan lagi, sikap dan tindakan Afiq AF5 itu menyebabkan single terbaru berjudul Sebulatnya yang sudah dirakamkan penyanyi itu bersama TFC pada Disember lalu, terpaksa ditangguhkan dan digubah kembali.

Namun begitu, Ruslan memberitahu lagi, buat masa ini pihak Nova Music belum berkesempatan untuk berjumpa secara peribadi untuk mengugurkannya daripada label secara rasmi.

"Kami sedang mencari masa yang sesuai untuk bertemu dan menyelesaikan hal ini dengannya," tambahnya lagi.

Afiq AF5 telah menyertai TFC yang dianggotai Cat Farish, Zizi dan Hairul itu sejak awal tahun 2012 yang lalu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers