Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 27 JAN 2013: Bekas penyandang gelaran Dewi Remaja, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor terus diburu kontroversi mengaitkan dirinya hingga mendapat gelaran selebriti paling kontroversi sepanjang 2012.
Walaupun begitu, aktres yang kini galak menceburi dunia pengacaraaan itu cuba untuk melihat hal ini daripada sudut positif. Dia turut mengakui kontroversi turut memainkan peranan untuk terus membuatkan nama seseorang artis itu kekal dalam industri.
Neelofa ditemui di acara pelancaran produk rangkaian terbaru Johnson & Johnson yang telah menampilkannya sebagai salah seorang jurucakap itu turut menegaskan bahawa kebanyakan cerita panas yang berlaku itu bukan berpunca daripadanya.
"Kalau nak ikutkan memang tidak seronok apabila nama saya terus dikaitkan dengan pelbagai macam kontroversi. Tahun 2013 yang dah masuk sebulan pun dah macam-macam yang saya dengar pasal diri saya. Tetapi kontroversi itu ada baiknya dan buruknya.
"Yang penting umum dan masyarakat harus adil dan menilai kontroversi itu. Kalau ia sekadar mengaitkan nama, ertinya ia bukan datang daripada saya. Lainlah kalau saya ditangkap berbuat perkara yang tidak elok barulah itu berpunca daripada saya.
"Persepsi ini perlu dilihat bukan daripada satu segi kerana orang hanya ingat artis kontroversi sahaja artis itu tidak bagus atau jahat. Sebenarnya artis itu sedang menjadi perhatian umum dan orang sentiasa nak tahu gerak geri mereka.
"Jadi saya nak jelaskan di sini, kontroversi bukan kayu pengukur sejauh mana peribadi seseorang artis itu. Saya cuba buat yang terbaik melalui hasil kerja saya untuk mengubah persepsi mereka terhadap saya dan menilai daripada sudut itu,"ujarnya tegas mempertahankan namanya yang sering terpalit cerita-cerita panas dunia hiburan.
Gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini terus mengorak langkah memperkasakan namanya dalam bidang perniagaan kosmetik Bella Vita dimana dia bertindak sebagai Pengarah Urusan juga duta bagi peniagaan usahasama keluarganya itu. Selain daripada itu, wajahnya turut diangkat mewakili jenama-jenama terkenal seperti U2 Watch, King Koil dan Fashion Valet.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.