Krunomena Bukan Naskah Terakhir KRU


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 25 JAN 2013: Memberi penghormatan kepada peminat untuk menamakan album terbaru mereka dengan nama Krunomena, Norman Abdul Halim menafikan bahawa ia adalah album terakhir dari mereka.

Sebaliknya, Norman yang kini sibuk meluaskan empayer Kru menerusi KRU Studio mengakui pernah memaklumkan sudah bersara dari persembahan pentas tetapi tidak untuk membuat album.

"Ini bukan album terakhir daripada kami. Kami tidak bersara lagi. Kami hanya bersara untuk persembahan pentas saja. Sebab itulah, apabila peminat bertanyakan bila kami akan mengadakan konsert atau persembahan, ia adalah jawapan yang sukar dijawab.

"Bagaimanapun, ia terpulang kepada masa dan keadaan. Untuk setakat ini, hanya album yang akan dipasarkan. Begitu juga dengan muzik video," ujar Norman.

Menyentuh mengenai pembikinan album ini, Edry yang lebih banyak menghasilkan lagu untuk album penuh ini memberitahu pelbagai rintangan dihadapi dari segi masa.

"Album ini memakan masa yang lama disebabkan kami mahu mencari material yang betul-betul sesuai dengan kami. Banyak lagu yang pernah kami rekod dan ia tidak jadi dimasukkan dalam album kerana tidak sesuai dengan muzik kami.

"Antara lagu tersebut ialah Sedetik Lebih (Anuar Zain), Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo), Jahat (Stacy), Kisah Dongeng (Stacy) dan banyak lagi. Kami memang ada versi lagu-lagu ini mengikut cara kami.

krunomena, Yusry KRU, Yusry KRU, yusry abdul halim, Norman Abdul Halim, Norman Hakim, Norman KRU, norman abudl halim, Edry Abdul Halim, Edry KRU, Edry Abdul Halim, persembahan terakhir, album, album, album, penerbit album, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


"Kami buat album ini bukan kerana wang ringgit semata. Kami buat lagu dan rakam adalah untuk berkarya. Kami juga mahu peminat terus kenali kami dengan muzik kami sendiri tanpa ada mengikut trend terkini," kata Edry.

Bercakap mengenai kepayahan merakamkan lagu, Yusry yang hadir ditemani isterinya Lisa Surihani pada petang itu menyatakan dia paling banyak menerima cabaran kerana dia terlebih dulu menyanyikan setiap lagu dengan sepenuhnya sebelum suara Edry dan Norman dimasukkan.

"Lagu yang paling susah adalah lagu duet dengan Stacy berjudul Semalam tanpamu. Ia kerana, saya perlu mengawal vokal saya mengikut key perempuan. Lagu lain juga susah kerana saya perlu merakamkan lagu tersebut satu-satu persatu.

"Sejujurnya, kami sudah lama memulakan proses rakaman ini. Kalu tidak silap sejak tahun 2010 lagi.

"Ada setengah lagu itu sudah direkod dan tanpa saya dimaklumkan lagu tersebut telah hits dan dinyanyikan oleh penyanyi lain," jelas Yusry.

Menerusi album ini terdapat 10 buah lagu baru yang kebanyakannya dihasilkan sepenuhnya oleh Edry. Antara lagu yang telah menjadi hit diradio ialah Tiga Kata, Wanita dan Ganas.

Berikut adalah lagu yang dimuatkan dalam album ini:

1. Setiap

2. Semalam Tanpamu

3. Kesejatian Cinta

4. Separuh Mati

5. Sediakala

6. Lagu & Lirik

7. Kali Ke-2 (remake).

8. Tiga Kata

9. Wanita

10. Ganas

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers