Amran Ismail Mahu Ceburi Semua Bidang Seni


Amran Ismail, Mahu, Ceburi, Semua, Bidang, Seni, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 21 JANUARI 2013: Semakin hari, langkah anak muda yang berasal dari Johor Bahru ini semakin jauh dalam mengintai peluangnya menerokai dunia seni. Daripada bidang peragaan ke dunia lakonan, kini Amran Ismail mencuba satu lagi cabang dalam bidang seni iaitu seni suara.

Amran Ismail tampil dengan single pertamanya, Ini Janjiku didalam album Ini Janjiku 2013. Dalam mencari kelainan dalam menampilkan single pertamanya itu, Amran memilih untuk merakamkan singlenya itu dalam empat versi berbeza.

Bukan sahaja itu, Amran telah menjadi antara penyanyi pertama yang merakamkan lagu menggunakan konsep Dub Mix. Genre lain yang dipilih adalah seperti Pop, R&B dan Dance. Amran menjelaskan mengapa dia memilih genre yang pelbagai didalam singlenya itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single tersebut di Westin Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Saya dan pihak pengurusan bersetuju untuk merakamkan lagu ini dalam empat versi berbeza kerana setiap daripadanya mempunyai golongan sasaran yang tersendiri.

"Selain itu ia memberikan variasi dalam pendekatan saya menghiburkan semua jenis golongan yang mendengarkan Ini Janjiku. Saya harap semua masyarakat dapat menerima single terbaru daripada saya ini,"jawab Amran Ismail di sidang media pelancaran single pertamanya, Ini Janjiku baru-baru ini.

Kerjayanya didalam bidang seni masih dilihat hijau, namun Amran dilihat gigih menempa nama dan menggunakan peluang yang datang sebaik-baiknya. Amran atau Md Amran b Ismail, 27 mempunyai impian tersebut daripada kecil lagi.

"Semenjak kecil lagi saya dah terfikir nak jadi pelakon, penyanyi dan model. Tetapi bila difikirkan balik semua bidang ini jika diceburi tidak rugi. Seperti dunia lakonan, jika pelakon ada kebolehan menyanyi genre filem atau drama muzikal sudah pasti tidak menjadi masalah padanya.

"Ia seperti persediaan untuk saya bagi apa jua peluang dalam bidang seni yang datang pada saya. Tidak rugi memiliki pelbagai ilmu dan ia akan membuatkan kita sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan,"uajrnya lagi.

Majlis pelancaran single Ini Janjiku itu telah berlangsung dalam suasana yang begitu mewah bertempat di Westin Hotel, Kuala Lumpur. Antara tetamu Diraja yang hadir adalah YAM Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Binti Almarhum Tuanku Ja'afar yang turut merasmikan majlis pelancaran tersebut.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers