Warner Tunda Aktiviti Bawa Fans Jumpa Once Di Jakarta


Warner, Tunda, Aktiviti, Bawa, Fans, Jumpa, Once, Di, Jakarta, Artis Indonesia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 JAN 2013: Banjir secara besar-besaran yang telah melanda ibu negara Indonesia iaitu Jakarta baru-baru ini, nampaknya telah banyak mendatangkan bencana serta kesan buruk kepada hampir semua sektor termasuklah industri hiburan di negara republik itu.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila kerajaan di negara republik itu telah mengisytiharkan darurat di Jakarta pada malam Khamis lalu apabila paras air mula naik sehingga ke paras pinggang.

Situasi yang buruk itu turut membuatkan pihak syarikat rakaman Warner Music Malaysia terpaksa menunda aktiviti mereka membawa 10 peminat tanah air untuk bertemu dengan penyanyi Once secara eksklusif menerusi peraduan Bertemu Once di Jakarta yang mereka sertai di portal murai.com.my, stesen radio Hot Fm serta syarikat telekomunikasi, Celcom sebelum ini.

Pengurus Promosi Bahagian Dosmestik Warner Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, setelah dinasihatkan sendiri oleh pihak tertentu di Jakarta, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menunda aktiviti tersebut dengan segera.

"Pihak kami sepatutnya berlepas bersama 10 pemenang peraduan bertemu Once di Jakarta itu pada Jumaat (a8 Januari 2013) lalu.

"Tapi, sebaik saja Jakarta diisytiharkan darurat pada malam Khamis dan beberapa pihak dinasihatkan menasihatkan kami supaya menunda kedatangan ke sana kerana keadaan cuaca yang bertambah buruk, malah hampir 70 peratus kawasan di Jakarta ditenggelami air.

"Kami tidak punya pilihan lain, melainkan akur dengan situasi yang menimpa. Hendak buat macam mana kerana apa yang berlaku ketika itu adalah berkaitan dengan masalah bencana dan ianya berada di luar bidang kuasa kami.

"Banjir yang menimpa Jakarta juga turut memberikan kesan kepada Once kerana ia turut memusnahkan rumah serta barang-barang yang ada di dalam kediamanya itu. Antaranya ialah piano serta buku-buku," katanya Anne Mokhtar lagi.

Dalam pada itu, Anne Mukhtar berkata lagi, pihaknya turut menghubungi 10 pemenang tersebut untuk memaklumkan kepada mereka tentang penundaan tersebut. Begitu juga dengan rakan-rakan promosi peraduan ini iaitu Murai, Hot FM serta Celcom.

"Apapun, kami ingin memohon maaf di atas kejadian yang tidak dapat dielakkan ini dan kami juga dalam perancangan untuk mencari tarikh baru untuk membawa 10 pemenang ini berjumpa dengan Once di sana," katanya lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers