Rini Sudah Boleh Terima Hakikat Kematian Anaknya!


Rini AF7, AF7, Akademi Fantasia, penyanyi, penyanyi wanita, penyanyi, deejay, deejay radio, penyampai radio, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 29 JAN 2013: Bintang Akademia Fantasia Musim 7, Rini mengakui sudah dapat menerima hakikat tentang pemergian anak sulungnya, Maryam Joanna, yang mati akibat jatuh dari katil dan lepas selepas 2 hari dia dilahirkan sebelum kedatangan Syawal pada tahun lalu.

"Alhamdulillah. Kini Saya sudah dapat menerima hakikat tentang kematiannya. Saya juga percaya bahawa ada hikmah semua ini berlaku. Saya juga bersyukur kerana punya suami, keluarga dan rakan-rakan baik yang sentiasa berada di sisi saya pada waktu kejadian itu berlaku.

"Tuhan sajalah yang tahu bagaimana perasaan saya apabila anak yang saya kandung dan lahirkan itu mati selepas 2 hari dia dilahirkan. Sedihnya tidak terkata. Hingga saya terpaksa ambil masa untuk pulihkan diri saya daripada kesedihan itu. Apapun, saya reda dengan pemergiannya kerana dia kini tergolong sebagai ahli syurga," katanya lagi kepada murai.com.my.

Apapun, Rini yang kini bertugas sebagai deejay radio KL Pop berkata, apa yang berlaku itu tidak membuatkan dia serik untuk mendapatkan cahaya mata yang seterusnya.

"Alhamdulillah, saya dan suami sudah bersedia untuk mendapatkan cahaya mata baru dan dengan apa yang berlaku sebelum ini, ia akan membuatkan supaya saya lebih berhati-hati lagi di masa akan datang," katanya.

Rini kehilangan anak sulungnya, Maryam Joanna pada 17 Ogos 2012 selepas bayi tersebut dilaporkan jatuh dari katil dan lemas pada 11 Ogos lalu. Akibat daripada itu, Maryam Joanna yang dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 9 Ogos 2012 berada di dalam keadaan kritikal dan telah dimasukkan ke Hospital Kajang serta terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Namun, selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, anak kecil itu akhirnya tidak dapat diselamatkan.

Comments

  1. sedih bila baca kisah anak rini ni... oo sebagai ibu sangat2 le terasa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm is walaupun takder anak lagi hehe (single lagi) tapi is pun sedih gak sebab is suka baby dengan budak kecik. cadang nak ambik anak angkat banyak2.

      Delete
  2. Is, tarikh tu salah..bukan 2012..dah masuk 2013..hehe

    *sian rini..sy yng belum kawin ni pun berharap after mried cpat dpt anak, ni kan pula rini sempat tgk anaknya 2hari je..sesungguhnya anak dia tunggu ibu & ayahnya di syurga..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih Mimie nasib baik ada kawan macam Mimie leh tegur is thanks very much, is amat hargainya.

      Delete
    2. eh, takpe la is..kebetulan terperasan.. hehe.. ;)

      Delete
    3. hmmm kalau kalau ada artikel yg is publish ada ralat atau error bagi tau kat is ye? is amat hargai pembaca blog is yang prihatin.

      Delete
  3. kesiannya.. huhu.. ujian yg berat :( *anaknya menanti di syurga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper dia dah ada tiket untuk masuk syurga free, anak yang mati semasa kecil yg belum baligh tak akan mahu masuk kedalam syurga melainkan bersama-sama dipimpin oleh kedua ibubapanya.

      Delete
  4. sedih la baca citer ni..kuat juga ujiannya..semoga tabah Rini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rini dah boleh terima kenyataan tu kira dah ok dan bagus semoga dikurniakan cahaya mata yang baru pula selepas ini.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers