Selepas IB, Lawak Ke Der 2 Bakal Ke Pawagam 7 Mac Ini

lawak, pelawak, lawak ke, der? bila hati digeletek, lawak ke der 2, lawak ke der 2 the movie, lawak ke der 2 masuk pawagam, Jozan, harith iskander, boboi, kumpulan boboi, Nabil, Nabil Raja Lawak, nabil ahmad, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 29 JANUARI 2013: Siri pertama pertunjukan pentas berkonsepkan komedi, Lawak Ke Der yang sebelum ini telah berjaya menarik penonton untuk mengunjungi Istana Budaya itu telah pun ditayangkan di Astro First tahun lalu. Tetapi bagi siri yang kedua, ia menjanjikan sebuah lagi pengalaman baru buat umum yang menggemarkan persembahan komedi seperti ini.

Kini Lawak Ke Der 2 bakal dapat disaksikan dalam layar yang lebih besar kerana ia akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam seluruh Malaysia, Mac ini. Menurut penerbitnya, Hans Isaac, walaupun ia sebuah rakaman semula yang diedit untuk ditayangkan di pawagam, namun bagi Hans ia lebih sukar daripada mengedit sebuah filem biasa.

"Saya mengambil masa sebulan lebih untuk mengedit keseluruhan rakaman Lawak Ke der 2 di Istana Budaya itu untuk mengikuti format yang ditetapkan bagi waktu tayangan pawagam. Jumlah keseluruhan durasi Lawak Ke Der 2 adalah selama 104 minit.

"Ia bukan satu kerja yang mudah di mana saya harus meneliti kandungan atau cerita yang dipersembahkan oleh Jozan, Harith Iskander, Boboi dan Nabil. Saya harus peka dengan isu semasa samada ia masih releven atau tidak ketika ditayangkan di pawagam kelak.

"Pertama kali menyunting rakaman seperti ini untuk ditayangkan di panggung, ia memang memakan masa. Namun saya berpuas hati kerana tujuan utama Lawak Ke Der 2 disunting semula untuk tayangan di pawagam adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan ke Istana Budaya dapat menonton persembahan yang sangat menghiburkan ini,"ujar Hans yang juga merupakan penerbit bagi Lawak Ke Der 2.

Filem ini akan menampilkan barisan penghibur terkemuka tempatan seperti Johan dan Zizan untuk Jozan, Boboi yang terdiri daripada Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Nabil dan Harith Iskander sebagai teraju utama.

Tall Order Productions yang bertanggungjawab untuk mempersembahkan sebuah produksi persembahan berjudul Lawak Ke Der 2 yang sebelum ini dipentaskan secara langsung di Istana Budaya dan kini menemui penonton di pawagam pada 7 Mac 2013.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers