KUALA LUMPUR, 30 JAN 2013: Persatuan PRISM Berhad ( Performers Right's and Interest Society of Malaysia Berhad) menggesa Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) supaya mempercepatkan permohonan lesen untuk memungut royalti penghibur yang tertangguh sejak tujuh bulan lalu.
Pengerusi PRISM Berhad Anuar Dahlan berkata, pihak PRISM Bhd kesal kerana sejak membuat permohonan mendapatkan lesen dari My IPO pada Jun tahun lalu badan tersebut tidak memberikan sebarang respon.
"Selepas membuat permohonan, kami telahpun melalui sesi temuduga yang dijalankan oleh MyIPO sendiri pada 16 Ogos 2012. Dalam sesi temuduga tersebut, kami diberitahu bahawa semua lesen badan kutian royalti akan bekukan bermula 1 November 2012 sehingga diberitahu kelak.
"Ini bermakna tiada kutipan boleh dilakukan oleh mana-aman badan kutipan royalty. Namun pada 8 Januari 2013 kami mendapat maklumat bercangggah pula iaitu bercanggah ada kutipan dibenarkan antara Jun sehingga Disember tahun 2012.
"Kami kesal, mengapa tiada apa-apa respon daripada MyIPO walaupun kami sudah dua kali menghantar surat mengenai maklum balas selanjutnya. Sebaliknya mereka sendiri berdiam diri sehingga ke hari ini," katanya dalam sidang media, baru-baru ini.
Menurut Anuar Dahlan lagi, tindakan MyIPO tidak memberi sebarang keputusan selepas temuduga itu mengakibatkan kerugian kutipan royalti dianggarkan sebanyak RM1.8 juta untuk tempoh tujuh bulan.
Malah tambahnya lagi, sejak operasi PRISM Sdn Bhd dihentikan pada November 2012, nasib 900 ahli yang menganggotai PRISM Berhad masih belum terjamin apabila tiada kutipan baru dijalankan badan pemungut royalti berdaftar.
"PRISM Berhad didaftarkan pada 17 Mei lalu tidak lagi menerima apa-apa agihan royalti daripada Badan Persembahan Awam (PPM) bermula 1 Jun lalu," jelasnya lagi.
Tidak terus duduk diam, Anuar memberitahu PRISM Berhad akan melaksana kutipan sendiri tanpa bergantung pada PPM dan memperkenalkan kutipan menerusi internet sebaik sahaja lesen diberikan.
"PRISM Berhad bertindak sebagai entiti berbeza daripada pengurusan PRISM Sdn Bhd dan ianya ditubuhkan atas sokongan ahli. Kami bersedia pada bila-bila masa untuk memungut royalti jika mendapat lesen berkenaan," tambahnya lagi.
Prism Berhad ditubuhkan atas usaha dan inisiatif ahli-ahli Prism Sdn. Bhd pada 17 Mei 2012 dan hanya terdiri daripada 4 orang ahli lembaga penaja sahaja. Prism Sdn Bhd kini sudah tidak wujud lagi.
Antara artis Prism Berhad terdiri daripada biduanita negara seperti Dato' Sharifah Aini, Dato' DJ Dave, Dato' Rahman Hassan, Dato' M. Daud Kilau, Ramlah Ram, Jamal Abdillah Uji Rashid dan ramai lagi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.