Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 21 JAN 2013: Siapakah Julian Schratter yang baranglai lebih dikenali dengan nama throughjuleslens? Dia adalah jejaka yang disebut-sebut telah berjaya menambat hati penyanyi, Yunalis Zarai atau Yuna . Gosip ini mula bertebaran apabila ramai mata telah menyaksikan kepada kemesraan yang terjalin di antara dua individu ini khsusunya di laman sosial Instagram mereka.
Yuna yang mengakui masih single itu berkata bahawa Julian adalah merupakan jurugambar merangkap temannya dari Amerika Syarikat. Pada sekitar November tahun lalu, Julian telah menjadi perhatian setelah dilihat sering bersama Yuna ketika sebulan penyanyi itu pulang ke Malaysia.
Yuna menjelaskan bahawa jejaka yang dimaksudkan ramai itu telah mengikutnya ke sini untuk melihat sendiri perjalanan karier seni Yuna di tanahair penyanyi tersebut sempena dengan Yuna Homecoming dan beberapa acara muzik lain.
"Dia kawan saya. Pada November lepas dia mengikut saya ke Malaysia selepas dia memberitahu teringin untuk melawat Malaysia. Dia tiada kenalan disini, saya pun mengajaknya ke Malaysia ketika saya balik untuk menjayakan beberapa konsert seperti Urbanscape dan siri jelajah konsert saya.
"Secara tak langsung dia boleh ambil gambar dan tengok bagaimana perkembangan peminat muzik di Malaysia. Saya pun boleh dapat gambar nanti. Sepanjang di Malaysia, Julian nampak seronok dan enjoy ikut saya pergi show dan majlis macam sekarang ni.
"Kemesraan yang diihat umum itu mungkin kerana kami bersama setiap hari. Disebabkan itu, apa yang boleh saya cakap, Julian adalah kawan saya. Kalau jodoh tak tahulah. Saya pun single, so macam tulah!,"ujarnya berseloroh ketika diminta mengulas mengenai kemesraan diantaranya dan jurugambar, Julian Shratter.
Dalam pada itu, Yuna tidak menolak kemungkinan jika dia bertemu jodoh dengan jejaka bukan Melayu. Bagi Yuna, Islam itu sebuah agama yang indah dan mudah untuk dipelajari. Yuna malah ibubapanya tidak menilai seseorang itu daripada asal usul seseorang itu.
"Bagi saya kita manusia semua sama manakala Islam itu sebuah agama yang indah dan mudah untuk dipelajari bagi mereka yang benar-benar ingin mempelajari. Semua orang boleh belajar dan mendalami agama Islam.
"Saya tidak menilai atau menjadikan agama dan bangsa sebagai kayu pengukur kepada peribadi seseorang itu. Begitu juga dengan ibu bapa saya. Kami tidak melihat orang daripada agama mahupun bangsa,"jawab Yuna.
Karier seni nyanyian Yuna kini dilihat mempunyai masa hadapan yang sangat cerah untuk menjadikannya seorang penyanyi bertaraf antabangsa. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang ini mahu meletakkan atur langkah karier sebagai keutamaannya dan soal cinta akan datang kemudian.
Siapa sangka dia kini bernaung di bawah syarikat rakaman ternama, Verve Music Group, Yuna berkongsi bumbung(betulkan kalau salah) bersama nama besar seperti Jamie Cullum, Aqualung, Gloria Estefan, Ella Fitzgerald, Queen Latifah dan ramai lagi penyanyi serta berada dibawah selian komposer hebat, David Foster.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.