Yuna Anggap Isu Pasal Uji Rashid Telah Selesai


Yuna, Anggap, Isu, Pasal, Uji Rashid, Telah, Selesai, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 21 JAN 2013: kepulangan pencipta dan penyanyi Yuna ke tanah air memang cukup dinantikan oleh kebanyakan pihak media kerana ramai yang ingin mendapatkan kenyataan daripada mulutnya sendiri berikutan isu kontroversi penyanyi gantiannya yang melibatkan Uji Rashid dengan Aizat sebelum lagu nyanyian dan ciptaanya, Terukir Di Bintang menjulang trofi juara bagi Anugerah Juara Lagu ke 27,baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan mengenai hal ini, Yuna atau Yunalis Zarai, 27, yang kini mengorak langkah di arena antarabangsa memohon kepada semua pihak agar tidak memanjangkan lagi isu tersebut. Menurutnya, pihak yang terlibat telah pun menjawab segala persoalan yang timbul dan dia menganggap kes ini telah pun selesai dan ditutup.

"Memilih Uji Rashid adalah idea daripada saya untuk menampilkan kelainan bagi lagu ciptaan saya. Tetapi dengan apa yang berlaku, saya akur dengan keputusan yang dibuat olehmereka yang lebih arif. Saya pula tiada di sini untuk membuat keputusan.

"Jadi saya serahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak pengurusan saya di sini untuk membuat keputusan yang terbaik. Diharapkan setelah semua pihak tampil memberikan jawapan di Melodi, ia sekaligus dapat menutup kes dan isu tersebut.

"Jika ada yang kurang jelas, anda boleh merujuk kepada statement yang dibuat di dalam Melodi. Kita cuba lihat semua benda ini daripada sudut positif. Lagipun saya sudah pun bercakap dengan Kak Uji dan dia pun faham dengan situasi saya,"ujar Yuna mengenai kemelut yang telah terpalit pada AJL 27 itu.

Penyanyi yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Verve Music Group telah ditemui pada majlis kesyukuran di atas kemenangan lagu 'Terukir Di Bintang' bergelar juara AJL 27 yang dianjurkannya bersama Aizat bertempat di rumah keluarga Aizat di Ampang Jaya, semalam.

Untuk majlis kesyukuran itu juga, Yuna ada mengundang Uji Rashid untuk hadir bersama namun Uji Rashid dikatakan sibuk memenuhi undangan nyanyian. Yuna juga bercerita mengenai mengapa dia tertarik untuk memilih Uji Rashid menggantikannya te,patnya untuk final AJL 27.

"Antara sebab utama saya memilih Uji Rashid adalah kerana suaranya yang klasik dan secara peribadis aya sendiri memang meminati dia. Antara lagu nyanyiannya yang menjadi kesukaan saya adalah Ku Ingin Selalu Ada Disampingmu," cerita Yuna mengenai keputusannya memilih penyanyi popular di era 70'an dan 80'an itu.

Majlis tersebut telah diadakan sebagai tanda terima kasih kepada semua yang terlibat menjadikan Terukir Di Bintang sebagai juara bagi Anugerah Juara LAgu siri yang ke 27, 6 Januari lalu. Dikhabarkan, Yuna turut menyerahkan satu daripada tiga trofi yang diterimanya kepada penggubah lagu tersebut, AG Coco.

Yuna yang pulang sebentar untuk komitmennya bersama Samsung akan kembali ke kota LA pada Isnin (hari ini) bagi meneruskan projek untuk album terbarunya yang dijangkakan berada di pasaran pada musim panas tahun ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers