Juvana Kutip RM 1.7 Juta Selepas 4 Hari Ditayangkan!

drama juvana, filem juvana, botak juvana, filem, Penerbit Filem, pengarah filem, filem, produser filem, bikin filem, zahiril adzim, sharnaaz ahmad, sharnaaz ahmad baran, johan as`ari, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 29 JAN 2013: Dalam pada ramai pihak mengeluh mengenai jumlah kutipan filem tempatan yang dianggap sebagai kurang memberangsangkan sepanjang 2012. namun nasib nampaknya telah menyebelahi filem arahan Faisal Ishak, Juvana.

Filem kesinambungan daripada siri televisyen dengan judul sama, Juvana itu telah memasuki pawagam semenjak 24 Januari lalu dan telah mencatatkan kutipan RM 1.7 juta dalam masa empat hari ia ditayangan iaitu ketika artikel ini ditulis.

Ditayangkan di hampir seluruh panggung di Malaysia, Juvana turut mendapat sambutan di Brunei dan menjadi filem pembuka tirai 2013 yang berjaya menarik penonton filem Melqayu tempatan untuk mengunjungi panggung.

Dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip, Juvana diklasifikasikan sebagai filem bergenre aksi mengenai remaja di sebuah sekolah pemulihan akhlak.

Watak yang sinonim dengan siri Juvana sebelum ini iaitu Botak, Daim dan ramai lagi seperti Apek, Ayam, Kicap, Komeng, dan Panjang ditampilkan semula dengan tambahan watak Lan Todak lakonan Sharnaaz Ahmad. Jalan cerita Juvana dimulakan dengan Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.

Berdasarkan maklum balas dan komen yang diberikan para penonton, ramai yang berpuas hati dengan memberi komen positif selepas menonton menerusi laman sosial Facebook dan Twitter. Juvana dilihat sebagai sebuah filem yang berkualiti dan bukanlah sekadar sebuah filem aksi semata-mata yang memaparkan kisah kenakalan pelajar Juvana tetapi ianya mengandungi elemen komedi dan motivasi yang boleh memberi pengajaran buat penonton.

"Ramai yang bertanya tentang sekuel filem Juvana selepas menonton di pawagam, bagi kami segalanya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu. Sekiranya sambutan bagus, mungkin akan ada sekuel Juvana. Kami harapkan lebih ramai yang akan ke pawagam kerana filem ini sangat berbaloi untuk ditonton," komen daripada penerbit Juvana, Khabir Bhatia setelah ramai yang mengusulkan supaya dihasilkan sekuel untuk filem ini.

Filem ini terus mendapat sambutan dan promosi terus giat dijalankan untuk memastikan peminat filem tempatan akan menyokong filem Juvana yang digarap dalam genre aksi dan dalam masa yang sama menyelitkan mesej yang amat berguna untuk tontonan umum.


Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers