Radhi OAG, Asheed, CD Naz Tak Malu Bikin Projek Duda!


Radhi OAG, asheed  def-gab-c, asheed def gab c, cd naz, projek 3 duda, album baru oag, oag, roman arogan, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 23 JAN 2013: Tiga orang penyanyi band, Radhi OAG, Asheed Def Gab C dan CD Naz yang bergabung untuk menghasilkan mini album berjudul , Roman Arogan mahu dikenali sebagai kumpulan Projek 3 Duda atau 3D.

Menariknya, nama Duda itu diambil sempena status duda dan bapa tunggal yang mereka lalui. Projek 3 Duda itu adalah projek khas mereka untuk memperkenalkan muzik berbeza daripada setiap 3 orang penyanyi yang berasal daripada genre yang berlainan.

Namun begitu, daripada 3 orang penyanyi itu, hanya Asheed Def Gab C satu-satunya yang sudah pun kembali berumahtangga. Pun begitu, Asheed Def Gab C berkata dia tiada masalah menggunakan nama itu, malah nama kumpulan itu sudah pun dipersetujui ramai ketika mereka merancang menggunakannya sebelum dia bernikah pada Jun tahun lalu.

"Nak buat macam mana, projek ni kami dah plan lama dah. Rasanya dalam 3 tahun lalu dan ketika itu kami semua semuanya berstatus duda. Kami hanya meneruskan perancangan asal kami yang mahu menggunakan nama 3 Duda itu.

"Tapi, entah mamacm mana, jodoh saya pula tiba tanpa di duga sewajtu di pertengahan perancangan tersebut. Takkan saya mahu menolak jodoh semata-mata untuk melaksanakan projek ini.

"Namun, walaupun saya sudah berkahwin, saya anggap itu hanyalah sebagai nama untuk kumpulan kami dan bukannya gelaran buat saya. Tiada niat untuk sorok atau menipu daripada peminat mengenai status diri saya," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran album Roman Arogan di Hard Rock Café, petang semalam.

Sementara itu, CD Naz pula memberitahu dia tidak malu untuk digelar seorang duda selepas lebih tujuh tahun melalui episod itu. Namun, gelaran kuda itu juga akan berakhir tidak lama lagi kerana dia kini sudah pun bertunang dan bakal berkahwin pada pertengahan tahun ini.

"Kami bukan fikir malu atau bangga dengan gelaran duda itu. Tapi kami memilih nama ini kerana a kebetulan ketika itu kami berstatus duda. Lagipun namanya sangat catchy serta mudah diingati ramai.

"Selepas saya juga menamatkan status duda, nama Duda itu nanti hanya akan kekal nama sebagai projek album kami sahaja. Kami akan meneruskan projek ini dengan menggunakan nama 3D untuk album seterusnya dan mungkin D itu ditukarkan kepada nama Dimensi kerana kami berasal daripada genre yang berbeza iaitu saya dengan muzik Metal, Asheed dengan rock dan Radhi ke arah sedikit reggae dan alternative ," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Radhi OAG harap projek album barunya ini mendapat sambutan walaupun dalam masa yang sama dia masih lagi menganggotai OAG bersama barisan pemuzik yang baru.

"Ini hanyalah projek khas kami. Ketika itu saya baru saja bercerai 3 tahun lalu. Namun, ia terpaksa ditangguhkan kerana waktu itu saya dalam proses pemulihan dadah. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya kerana sanggup menunggu untuk menjayakan projek album ini dan akhirnya kami berjaya mengeluarkannya.

"Namun, selepas ini saya akan fokus pula kepada penghasilan album OAG kerana sekurang-kurangnya saya mahu jayakan sebuah album yang diterbitkan pada tahun ini sempena meraikan 20 tahun usia OAG di dalam industri," luahnya.

Projek 3D dilahirkan dibawah label IMG Music Entertainment dan diterbitkan secara digital yang mengandungi 4 buah lagu. Lagu Roman Arogan merupakan satu-satunya lagu trio mereka, manakala lagu lain adalah seperti Lagu Baru daripadaRadhi OAG, Gadis Rahsia 003 (Asheed Def Gab C) serta Pabila Hujan Turun dinyanyikan CD Naz.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers