KUALA LUMPUR, 21 JAN 2013: Memetik keratan akhbar Harian Metro hari ini, Ketua Pegawai Operasi Media Prima TV Networks, Ahmad Izham Omar menyatakan pihak TV3 tiada niat langsung untuk menghiris hati atau menghina penyanyi veteran, Uji Rashid apabila menggantikan tempatnya dengan Aizat Amdan bagi menyanyikan lagu Terukir Di Bintang ciptaan Yuna pada Anugerah Juara lagu 27 (AJL27), baru-baru ini.
Malah, Izham menegaskan peranan TV3 sebagai penganjur adalah untuk memberi pendapat dari segi penilaian teknikal, selain apa yang perlu diperbaiki untuk mendapatkan persembahan terbaik.
"Kami akur dengan pilihan peserta dan pihak Yuna sendiri membuat keputusan untuk memilih Aizat. Namun, perkara itu sudah disalah tafsir dan dikatakan TV3 yang gugurkan Uji Rashid.
"Itu keputusan yang diambil bersama. Dalam penilaian semasa sesi latihan, saya tak nafikan kami ada memberi cadangan dan ia adalah proses biasa bagi memastikan yang terbaik untuk artis, peserta dan penonton AJL27.
"Apa yang penting, kami memandang serius keadaan kesihatan Uji Rashid," katanya.
Di samping itu, Izham turut menjelaskan berita pengguguran Uji Rashid itu disampaikan sendiri kepadanya dalam bilik mesyuarat yang hanya dihadiri orang yang berkenaan saja.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.