Transformasi Glam: Pierre sumber inspirasi Mikail

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Transformasi, Glam, Pierre, Sumber, inspirasi, Mikail, Pierre Andre, Mikail Andre
Pelakon Mikail Andre


Sekali pandang sudah tahu Mikail Andre adalah adik kepada pengarah serta pelakon popular, Pierre Andre. Ini kerana raut wajah, gaya serta percakapan dua anak dramatis hebat, Khatijah Tan ini tidak jauh berbeza.


Mewarisi darah Perancis daripada bapanya, Nazrul Andre, jejaka berusia 21 ini tidak kisah pembabitannya dalam dunia seni dibayangi Pierre, apatah lagi figura itulah yang menjadi sumber inspirasi serta rujukan sebagai pelakon.


Malah, hadirnya Mikail di persada seni adalah atas dorongan Pierre. Selepas tamat peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Mikail teringin melihat cara pembikinan filem lalu mengikut abangnya ke lokasi penggambaran Al-Hijab.


Apabila ditawarkan watak kecil dalam Al-Hijab, Mikail menyahut cabaran itu. Dia bekerja sebagai kru produksi lebih setahun sebelum menjadikan lakonan kerjaya sepenuh masa.


Bernaung di bawah Metrowealth International Group (MIG), Mikail mendapat bimbingan ibunya untuk menjiwai watak yang dibawa.


Berpendapat pelakon harus mempunyai penampilan menarik, dia yang sebelum ini mempunyai berat 130 kilogram berjaya menurunkan berat badan menjadi 81 kilogram dalam masa enam bulan.


Setakat ini Mikail berlakon dalam enam filem, antaranya Hantu Dalam Botol Kicap, 1 Lawan Satu yang bakal menjengah pawagam seluruh negara pada 27 Jun ini dan Kisah Paling Gangster (masih menunggu tarikh tayangan tahun ini).


Pernah menjayakan drama Rawan, Mikail kini sibuk dengan penggambaran drama rantaian Dewi Lasak yang turut dibintangi Bella Daly, Intan Ladyana dan Atikah Suhaime.


PROFIL

NAMA SEBENAR: Mohd Mikail Andre
TARIKH LAHIR: 17 Julai 1992
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
BERAT: 84 kilogram
HOBI: ‘Wall climbing’, melancong, menyukai seni lukis, muzik dan filem
Kurang menggemari makanan atau minuman yang terlalu manis dan bersusu

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers