Taecyeon, Chansung sertai Running Man

Korea, Hiburan, Artis Korea, K-POP, Taecyeon, Chansung, sertai, Running Man
Taecyeon

Pada Selasa minggu lalu, wakil stesen penyiaran program realiti popular, Running Man mendedahkan Taecyeon dan Chansung menyertai program itu pada saat akhir berikutan jadual padat.

Sehari sebelum pengumuman itu, semua anggota 2PM berada di Jepun kerana menyertai Festival K-pop 2013 LIVE di Kumamoto.

Korea, Hiburan, Artis Korea, K-POP, Taecyeon, Chansung, sertai, Running Man
Chansung

Sejurus selepas persembahan, kedua-dua mereka terbang pulang ke Korea untuk menyertai musim baru Running Man.

Kakitangan penerbitan Running Man melaporkan, selain dua ahli kumpulan 2PM itu, beberapa lagi tetamu turut mengambil bahagian, termasuk pengarah filem terkenal, Jung Doo Hong.


Pada episod Running Man itu, penonton akan dapat menyaksikan persaingan paling mencabar dan lasak dalam kalangan peserta selebriti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers