LIYANA JASMAY masih meneruskan kerjaya seni meskipun bergelar isteri. |
Oleh Shakilawati Abd Rahman
Bicaranya kian matang sejak berstatus isteri. Sepanjang perbualan, Liyana Jasmay tampak tenang, bahkan senyuman yang terukir di bibir menyerlahkan kebahagiaan dikecapi bersama suami tercinta, Fathuddin Mazlan.
Ketika majlis pelancaran filem Sindiket di restoran Rebung, minggu lalu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 dan Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2009 ini mengakui hari-hari dilaluinya lebih bermakna dengan adanya Fathuddin, bahkan dia terharu dengan kasih sayang tidak berbelah bagi daripada suami tercinta.
Meskipun menggalas komitmen sebagai suri hidup jejaka itu, dia masih boleh meneruskan karier seni seperti biasa. Sikap terbuka dan memahami suami membuatkan dia rasa disayangi.
Katanya yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah, andai ada penggambaran di Kuala Lumpur, Fathuddin akan bertemunya setiap minggu, bahkan kalau terlalu rindu, empat hari sekali mereka akan bertemu.
“Suami sokong kerjaya saya. Katanya, sementara belum ada anak, terima saja kalau ada tawaran. Sejak Mei lalu, saya terpaksa berjauhan dengannya kerana menjayakan penggambaran drama rantaian Sahabat terbitan Suhan Movies di Kuala Lumpur dan dia tidak pernah gagal bertemu saya setiap minggu.
“Sebagai isteri, tentu saya terharu kerana penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur ambil masa lebih dua jam dan dia sanggup berulang alik. Kalau rindu sangat, empat hari sekali dia datang. Begitulah rutin kami sejak dua bulan lalu.
“Syukur, penggambaran filem Sindiket arahan Bade Azmi nanti diadakan di Kundasang, Sabah. Perjalanan dari rumah kami ke Kundasang hanya 45 minit, bolehlah suami hantar dan ambil saya setiap hari,” katanya riang.
Tambah Liyana, meskipun mendapat lampu hijau meneruskan kerjaya seni, dia perlu peka dan menjaga batas ketika berlakon. Ini kerana sebagai isteri, dia perlu menjaga hati dan maruah suaminya.
Sebagai contoh, sebaik saja tahu perlu berpenampilan seksi dan menjayakan babak rogol dalam filem Sindiket terbitan Loyal Sutdio Sdn Bhd, perkara pertama dilakukan adalah menghubungi suaminya untuk bertanya pendapat wajarkah dia menerima tawaran itu.
“Saya kemudian menghubungi abang Bade bagi mendapatkan gambaran jelas babak itu dan lega apabila dimaklumkan tiada adegan sentuhan, malah seksi dimaksudkan bukan melampau. Ala-ala pakaian mahu ke kelab malam.
“Abang Bade kenal suami saya dan dia tidak akan buat benda yang memalukan pelakonnya. Kalau perasan, dari dulu lagi saya elak babak bersentuhan yang intim.
“Bagi saya, babak sensasi itu boleh digantikan dengan kaedah lain seperti helah kamera,” katanya yang menghormati prinsip Bade dalam menjaga maruah dan nama baik pelakon.
Mengulas lanjut filem terbaru lakonannya, Liyana berkata, sudah lama dia teringin menjayakan karya yang memaparkan isu pemerdagangan manusia. Kali pertama membaca skrip dihasilkan Bade itu, dia sudah jatuh cinta.
Lebih teruja apabila dapat bergandingan dengan Sharifah Amani, Sharnaaz Ahmad, Rashidi Ishak, Daphne Iking, Soo Wincci dan ramai lagi pelakon berbakat besar.
“Pemerdagangan manusia banyak berlaku di Sabah. Sebelum ini, saya pernah dengar di Indonesia, anak dalam kandungan dibeli untuk dijadikan pelacur. Perkara ini menyentuh hati saya.
“Menerusi filem ini, saya dan Amani memegang watak sebagai kawan. Ada 25 babak di mana ada permulaan, klimaks dan penamat. Ia bukan mudah dibuat, tetapi abang Bade mampu menggarap dengan baik,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.