Michael Ang ganti Baby AA

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Michael Ang, ganti, Baby AA, Propaganza,
Michael Ang, Pengarah Prolifik

Akhirnya siapa bakal menggantikan segmen gosip dalam rancangan Propaganza terjawab. Baru-baru ini, orang produksi rancangan hiburan berbentuk infotainment itu memberitahu kita, tempat Baby AA akan diganti pengarah prolifik, Michael Ang.

Amboi! Tiba-tiba saja nama Michael Ang naik jadi pengacara dan tukang gosip. Kita tahu awak semua pun mesti berasa hairan, dalam ramai orang, mengapa mereka memilih pengarah telefilem Pontianak Kampung Batu itu.


Telahan kita, tentu Astro mahu Michael menggantikan tempat Baby AA kerana memikirkan karakter mereka berdua ada sedikit persamaan.

Tambahan pula sejak muncul dalam Masterchef Selebriti musim kedua (MCM2), nama pengarah itu semakin popular.


Begitupun, jelas orang produksi Propaganza, Michael dipilih bukan kerana populariti diraih sejak menyertai MCM2 semata-mata, tetapi kreativiti ditonjolkan dalam menyiarkan gosip dan temubual bersama artis tempatan menerusi laman sosial Keek dibuat pengarah itu turut menarik minat penerbit.


Disebabkan itu, segmen gosip dikendalikan Baby AA sebelum ini akan digantikan dengan temuramah Keek Michael bersama artis tempatan yang pernah dibuat sebelum ini dan juga bakal dilaksanakan.

Nampaknya bertambah panas Propaganza selepas ini. Mana tidaknya, lihat saja betapa pedasnya soalan yang diaju Michael sewaktu memuat naik temubual bersama Sharifah Sakinah hinggakan kontroversi seluar dalam dan buka seluar pelakon itu menerusi keek terus berpanjangan.


Nasihat kita pada produksi Propaganza untuk musim terbaru ini, panas-panas juga tetapi biar berpada-pada, jangan sampai esok lusa siarannya dihentikan sepenuhnya. Ops!

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/0

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers