Pilihan pakar bedah plastik

Korea, Hiburan, Artis Korea, K-POP, Pilihan, pakar, bedah, Plastik, Nichkhun, 2PM
Nichkhun, 2PM


Anggota kumpulan 2PM, Nichkhun diumumkan berada di tangga teratas 30 selebriti Korea Selatan yang mempunyai wajah sempurna dalam episod terbaru program hiburan Every1’s Star Photo saluran MBC.


Pengarah sebuah klinik bedah plastik, Kim Young Sung menunjukkan gambar 30 selebriti Korea yang bergiat dalam industri hiburan negara itu selepas 2000.


Bagi mendapatkan keputusan kedudukan, program itu mendapatkan pandangan kakitangan perubatan, pakar kecantikan dan penonton yang turut serta membuat penilaian berdasarkan visual disediakan.


Di kedudukan kedua ialah anggota kumpulan ZE:A iaitu Siwan yang dikatakan mempunyai imej seorang putera, manakala Kim Hyung Joong di kedudukan ketiga.


Siwon dari kumpulan Super Junior pula di kedudukan keempat diikuti Minho dari SHINee.


Kedudukan tertinggi wanita diberikan kepada YoonA daripada Girls’ Generation yang berada di tempat keenam, disusuli Suzy dari Miss A, Yonghwa dari CNBLUE. Hara (Kara) dan Dara (2NE1).


Untuk pengetahuan, pembedahan plastik dalam kalangan selebriti Korea bukan perkara asing tetapi kebanyakan mereka menafikan pernah melakukannya.

Comments

  1. Nak come punya pasalkan mereka ni sanggup bersakit sakit~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah, minta simpang jauh2 la kalau nak bersakit2 macam nie, boleh kata pelakon dan penyanyi Korea 99% semua adalah buat pembedahan plastik. Dari muka sampai badan.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers