GD tahan sakit demi peminat

Malaysia, Korea, Hiburan, K-POP, Selebriti, GD, Tahan, Sakit, Demi, peminat


Oleh Hellinie Sina

Sebaik saja diumumkan ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon (GD) bakal mengadakan konsert solo di Malaysia pada 22 Jun ini, ramai peminat terutama anak remaja tidak senang duduk menantikan ketibaan tarikh keramat itu.

Walaupun tanpa kehadiran anggota kumpulan lain, kunjungan pertamanya ke negara ini mendapat sambutan hangat apabila tiket yang mula dijual pada 11 Mei lalu habis. Bukan itu saja, sehingga hari ini masih ada permintaan penambahan tiket untuk menonton konsert berkenaan.

Bakal diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, komposer dan bintang rap itu memulakan siri jelajah di Dewan Gimnastik Olimpik, Korea Selatan pada 30 dan 31 Mac lalu.

GD kemudian terbang ke Jepun, sekali gus menjadi artis K-Pop pertama mengadakan per­sembahan di tiga stadium iaitu Seibu Dome, Kyocera dome dan Fukuoka Yahoo! Japan Dome.

Sempena pelancaran album solonya, One Of A Kind, GD mengambil lang­kah berani mengadakan persembahan di beberapa negara Asia, termasuk Indonesia, Thailand, Malaysia dan mengakhiri konsertnya di Singapura.

Mengalami kecederaan buku lali ketika menjayakan persembahan terakhir­nya di Jepun, banyak pihak bimbang dengan keadaan­nya, terutama peminat yang membeli tiket konsert.

Membuktikan komitmen terhadap konsert jelajah yang dirancang, GD tidak mengecewakan peminat­nya di Beijing, Taiwan, Hong Kong dan Shanghai dengan memberikan persembahan mantap.

Walaupun dinasihatkan doktor supaya berehat bagi mengelak kecederaan bertambah teruk, GD berkeras meneruskan latihan sebagai persediaan untuk persembahan di Impact Arena, Bang­kok, Thailand yang bermula semalam dan berakhir hari ini sebelum ke Meis, Jakarta, Indonesia.

“Seperti biasa, doktor minta saya berehat tetapi selagi siri jelajah ini belum selesai, saya tidak boleh tidur lena atau buang masa de­ngan hal seperti itu.

“Saya mesti beri persembahan terbaik dan berkualiti supaya ia menjadi memori indah buat penonton. Konsert ini hadiah istimewa saya buat peminat yang menyokong kerjaya seni saya selama ini.

“Bagaimanapun, saya tidak menjalani latihan berat. Sekadar berlatih untuk ingat gerak tari,” katanya.

Nama pemuda berusia 24 tahun ini bukan ha­nya gah di rantau Asia tetapi menembusi pasaran muzik Barat apabila bekerjasama de­ngan Pixie Lott serta Flo Rida, masing-masing menerusi lagu Dancing On My Own dan Heartbreaker.

Komposer, penulis lirik dan produser muzik ini mempunyai pengaruh kuat apabila dua lagunya, That XX dan Crayon, berjaya mendominasi beberapa carta muzik utama di Korea Selatan.

Bukan itu saja, GD turut menjadi ikon fesyen apabila sentiasa muncul dengan gaya menarik hingga menjadi ikutan remaja.

Mengadakan persembahan secara solo, GD rasa kehilangan apabila anggota Big Bang yang lain tidak turut serta, lebih-lebih lagi ketika dia cedera tempoh hari.

“Apabila terbiasa mengadakan persembahan secara berkumpulan, sunyi pula bila bergerak secara solo. Lebih terasa apabila buku lali saya terseliuh. Ketika itu saya berharap mereka ada bersama.

“Mereka bimbangkan keadaan saya dan selalu beri kata-kata semangat menerusi SMS (khidmat pesanan ringkas). Bayangkan saya terpaksa menahan ­sakit ketika menjayakan konsert selama dua jam.

“Mula-mula sakit sangat tetapi selepas beberapa konsert, saya ­dapat biasakan diri dan rasa tidak ada masalah untuk selesaikan sisi jelajah ini. Melihat sambutan peminat, hilang segala rasa sakit,” kata.

Berdasarkan jualan tiket, tidak mustahil GD bakal me­ngulangi kejayaan konsert Big Bang di Malaysia tahun lalu yang ditonton 25,000 pengi­kut setia.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers