Simpati kita dengan pelakon utama filem Pecah, Izreen Azminda yang kebelakangan ini berdepan dugaan apabila suami tercinta terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap denggi.
Dalam waktu sama, dia terpaksa memberi komitmen dengan mengadakan sesi temubual dan fotografi bagi mempromosikan Pecah.
Bayangkan, dalam keadaan sarat mengandung tujuh bulan, dia harus bergegas bertemu media dan kemudian pulang ke rumah untuk memasak sebelum ke hospital menemani suami tersayang.
Sewaktu bertemu dengannya baru-baru ini, kata Izreen, memang kalau hendak diikutkan, dia tidak dapat melaksanakan kerja dengan tenang kerana memikirkan suami terlantar di hospital waktu itu. Namun kerana tuntutan kerja, dia harus turun padang mempromosikan filem lakonannya.
Walaupun berdepan dugaan, Izreen tetap nampak tenang dan melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Sebagai bukti, lihat saja gambarnya yang disiarkan media sebelum ini. Walaupun sarat, wajahnya tetap kelihatan jelita.
Ditanya apa rahsia tetap kelihatan cantik di saat berbadan dua, kata Izreen, dia tidak mengamalkan apa-apa rahsia tetapi mematuhi nasihat doktor dan pesan orang tua-tua supaya menjaga makan dan kesihatan. Dia juga bersyukur kerana tidak mengalami alahan.
Sebaik selesai sesi fotografi, jelas Izreen, dia harus pulang memasak sup ketam sebagai makanan tambahan untuk suami yang terlantar di hospital dan menemaninya sepanjang malam di sana.
Begitulah kasihnya seorang isteri terhadap suami. Namun pada kita, kasih sayang dicurahkan Izreen terhadap suaminya juga kerana Riza juga melakukan perkara sama.
Bayangkan apabila kandungannya masuk empat bulan, Riza tidak lagi membenarkan Izreen bekerja dan mahukan isterinya banyak berehat supaya kandungan sulung mereka dalam keadaan baik.
Pada kita, sebagai suami isteri bagus begitu, saling mengambil berat, tahu tanggungjawab dan sayang menyayangi. Barulah rumah tangga dibina akan kekal ke akhir hayat. Tak gitu!
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.