Sekalipun menjalani pembedahan, seniwati terkenal, Latifah Omar, 74, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Anaknya, Affendi Rahmat, 55, berkata, sejak dimasukkan ke ICU, pagi Jumaat minggu lalu, yang bermakna lebih seminggu ibunya masih tidak dipindahkan ke wad biasa, keadaan ini sedikit sebanyak merisaukan keluarga mereka.
Menurut Affendi, Khamis lalu, ibunya menjalani menjalani MRI (magnetic resonance imaging) ‘scan’ iaitu kaedah menghasilkan gambar organ dalaman.
“Saya difahamkan oleh doktor, emak dimasukkan ke dalam ‘terowong’ untuk tujuan ‘scan’ kerana kemungkinan ada komplikasi lain selepas pembedahan.
“Keadaan emak sangat lemah, cuma selepas dua hari menjalani pembedahan, dia beri tindak balas dan bertanya saya dia sakit apa.
“Saya tidak ceritakan keadaan sebenar, cuma berkata emak sakit perut biasa. Dia juga minta basahkan bibirnya dengan air kerana kering,” katanya.
Latifah yang menghidap ulser usus, menerima rawatan awal di Pusat Perubatan Kampung Baru sebelum dipindahkan ke HUKM dengan ambulans selepas mengadu sakit dan muntah selepas Subuh, pagi Jumaat. Pembedahan empat jam dijalankan di HUKM lewat tengah malam Jumaat.
Latifah mula menceburi lakonan pada usia 16 tahun melalui filem Panggilan Pulau pada 1954 di samping Tan Sri P Ramlee. Bakat semula jadi dan raut wajah keMelayuan asli ada padanya membolehkan Latifah terus menggilap nama sebagai primadona filem Melayu.
Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad ketika aktif membintangi sebanyak 23 filem, antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.
Menurut Affendi, sejak ibunya masuk ICU, antara artis yang menziarahinya ialah Datuk Rosnani Jamil, Datin Umi Kalthum, Aspapela Abdullah, Rozita Rohaizad dan Melissa Saila. Latifah hanya tersenyum bila diberitahu rakan artis melawatnya, sekalipun tidak berjumpa mereka.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.