After Earth gagal beri impak

Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Selebriti, Filem, Movie, After Earth, gagal, beri, impak, Will Smith, Jaden Smith


Agak mengejutkan apabila rata-rata pengkritik filem antarabangsa memberi komen negatif mengenai filem terbaru lakonan Will Smith dan anaknya, Jaden.


Jika dilihat dari sudut genre filem, tidak dinafikan After Earth gagal memberi impak kepada peminat filem cereka sains yang mahukan lebih aksi. 


Apatah lagi, ia lebih banyak bermain dengan nilai sentimental dan elemen melankolik. Babak aksi pula sekadar 40 peratus daripada keseluruhan plot. 


Namun penulis melihat filem ini daripada sudut subjek utama, yakni kepentingan menjaga hubungan antara manusia dan bumi serta anak dan ayah.


Subjek filem ini lebih mendalam berbanding kehendak aksi yang diinginkan pihak yang ‘kurang sabar’ dengan sebuah karya.


Kemungkinan puncanya, M Night Shyamalan banyak menghasilkan filem yang subjeknya seperti Sixth Sense yang berjaya menarik perhatian banyak pihak. 


Atas alasan itu, semua filem M Night Shyamalan dianggap syok sendiri walhal dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk. Dan, untuk After Earth, penulis melihat ia ibarat seikat pisang yang masih boleh dinikmati. 


Melihat daripada sudut lakonan, Will banyak memberi ruang kepada anaknya meneraju isi cerita. Ini adalah cara Will untuk melihat kemampuan anaknya bermain dengan karakter. 

Cara itu hampir berkesan kerana Jaden boleh matang tanpa berada di bawah bayang-bayang ayahnya. Kematangan lakonan Jaden dapat dilihat selepas kali terakhir muncul dalam filem The Karate Kid (2010). 


Cuma beberapa babak dilihat berlebihan apabila dia cuba menonjolkan perasaan takut yang teramat sangat. Pun begitu, ia tidak mustahil kerana apa saja boleh berlaku pada manusia bila sendirian di tempat asing. 


Mengisahkan Cypher (Will Smith) dan Kitai (Jaden) terperangkap di bumi selepas kapal pengangkut mereka rosak hingga mendarat cemas lalu terhempas di bumi. 


Tempat itu terlalu asing buat mereka kerana ditinggalkan lebih seribu tahun akibat kerosakan yang berpunca daripada manusia. 


Akibat kecederaan serius dialami Cypher, Kitai perlu bergerak sendiri mendapatkan pertolongan berikutan masalah komunikasi kapal angkasa mereka. 


Bermula daripada situ, penonton akan terus melihat kesan hubungan ayah dan bapa daripada sudut yang unik. 


INFO 

ARAHAN: M Night Shyamalan 
PELAKON: Jaden Smith, Will Smith dan Sophie Okonedo 
GENRE: Cereka sains 
TAYANGAN: 6 Jun 2013 
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers