Afdlin (tengah) bersama anak didiknya, Bocik. - Foto ihsan TV3 |
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
9 Jun 2013
KONSERT separuh akhir kedua Bintang Mencari Bintang (BMB) yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan kelima-lima peserta terselamat apabila pihak penerbit mengumumkan tiada proses penyingkiran dijalankan.
Anak didik Afdlin Shauki, Bocik diumumkan juara mingguan dengan kutipan mata 80.2 peratus.
Kini, tinggal satu lagi konsert penetuan yang perlu dilalui peserta BMB sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir, hujung bulan ini.
Persaingan semakin sengit, malah peserta yang beraksi malam ini bangkit dengan idea yang lebih menghiburkan berbanding minggu lalu.
Bocik yang dianggotai Muhamad Fadzlie dan Syed Umar Mokhtar bijak menggunakan idea guru disiplin dengan pelajar dan kemunculan mampu memecah perut penonton.
Gandingan mereka terus mantap setiap minggu dan kali ini, Bocik mendapat 19 markah dari juri awam.
Pentas dibuka dengan aksi anak didik Sabri Yunus, Titan yang kekal menggunakan lawak bijak tapi menghiburkan.
Fazlisham dan Azizul Ammar mengangkat idea tentang dua pemotong kayu yang sedang memikirkan cara untuk menghasilkan duit lebih banyak daripada sebatang kayu.
Persembahan tidak menghampakan itu dikatakan telah dibantu oleh pengalaman mereka di pentas teater dan menerima 17 markah dari juri awam.
Sementara anak didik Faizal Ismail (FBI), Tapaw pula bijak mengolah idea tentang kelawar.
Mendapat 19 markah dari juri awam, Tapaw juga dipuji juri.
"Barulah seronok nak menonton. Dengan 'punch line' yang comel-comel...ada sampai, ada rasa," kata Ogy.
Satu-satunya peserta solo, Achey kelihatan sedikit bangkit berbanding minggu lalu dengan idea orang gila.
Achey menerima 16 markah dari juri awam.
Seorang lagi anak didik Afdlin, Bowl terus menghiburkan penonton dengan aksi mencuit hati.
Bowl yang dianggotai Syed Ali dan Danial Lee pula terus bangkit dengan isu kaki pengampu di pejabat.
Masing-masing mendapat 19 dan 17 markah dari juri awam malah, aksi mereka mendapat pujian para juri profesional.
Menurut Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, dengan aksi pada malam ini, Bowl layak menempah tiket ke final.
"Tahniah. Watak anda hidup. Alhamdulillah anda sudah menemui kekuatan. Perkembangan yang hebat.
"Dengan persembahan sebaik ini, insya-ALLAH anda sudah menempah tiket ke final," katanya.
Kesemua peserta bakal bersaing minggu depan di pentas penentuan sebelum disahkan layak ke peringkat akhir.
assalam,
ReplyDeletetak berkesempatan nak tengok...nanti tengok ulangan..
waalaikumusalam, Bunda is pun tak sempat tengok dari tadi dok ada kat kedai nie ha, hmm sempat tengok berita je lah heheheee.
Delete