Rossa temui peminat

Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Rossa, Temui, Peminat
ROSSA jadi jurucakap Perbadanan Kebudayaan dan Pelancongan Jakarta.


Oleh Rudy Imran Shamsudin

Sekian lama tidak tampil dengan persembahan terbuka di Malaysia, penyanyi popular seberang, Rossa Roslaina Sri Handayani atau Rossa bakal menjayakan konsert Enjoy Jakarta, bakal berlangsung di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana pada 14 Jun ini.


Lebih menarik apabila penyanyi yang popular dengan lagu Tegar dan Ayat-Ayat Cinta itu akan bergandingan dengan kumpulan popular, Ungu.


Dalam satu kenyataan, Rossa berkata, konsert terbuka ini diadakan bagi menjayakan kempen promosi Perbadanan kebudayaan dan Pelancongan Jakarta (JTCO).


Ia sebahagian komitmennya sebagai jurucakap kepada JTCO. Penyanyi itu sekali lagi dipilih untuk menjadi duta sekali gus mempromosikan tempat percutian menarik di tanah kelahirannya, Indonesia.


“Kempen mempromosikan lokasi pelancongan menarik di Jakarta ini dibawakan khas oleh JTCO dengan kerjasama Explorer Tourism Network Sdn Bhd (ETN).


“Sebelum konsert berlangsung, satu majlis pelancaran mengenainya akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. “Pelbagai aktiviti diatur pihak penaja, bermula dengan sidang media dan seterusnya acara jamuan tengah hari istimewa bersama Rossa.


“Rakan media dan syarikat pelancongan tempatan turut dijemput untuk beramah mesra bersama saya mahupun rombongan daripada JTCO. Dalam erti kata lain, kita cuba membina jambatan untuk menjalin kerjasama,” katanya.


Kata Rossa, JTCO turut menganjurkan sesi dialog perniagaan bagi membuka peluang kepada syarikat pelancongan tempatan bertemu pembekal secara langsung yang diterbangkan daripada Jakarta seperti pihak hotel dan operator pelancongan.


Bercerita lanjut mengenai konsert bakal dijayakan, jelas Rossa ia bakal membuka peluang kepada peminatnya di sini untuk menyaksikan persembahannya bersama Ungu.


“Selalunya persembahan saya bersama Ungu hanya membabitkan konsert berbayar, tetapi kali ini kami akan muncul dalam persembahan khas dan percuma. Peluang ini pastinya tidak dilepaskan peminat setia. Ia akan bermula jam 7 malam.


“Konsert terbuka ini turut diwarnai dengan persembahan dari Denny Malik Dancers serta dikendalikan dua hos terkenal, Sara Sechan dan Heidi Yunus. Mereka diterbangkan khusus oleh JTCO dengan kerjasama beberapa penaja tempatan untuk menghiburkan pencinta muzik di sini,” katanya.


Penganjur juga akan membuat kejutan dengan menampilkan beberapa penyanyi tersohor tempatan yang pastinya akan merancakkan lagi konsert.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers