Ijoy Dan Stacy |
Kata Ijoy atau nama sebenarnya, Mohd Norhafizol, 21, dia malu apabila apa yang kita tulis dakwanya seolah-oleh menggambarkan dirinya sengaja mencipta gosip terbabit.
Apatah lagi dia kini berjinak-jinak dengan lakonan, dan sebaik Stacy bersuara buat kali pertama membabitkan gambar dan gosip terbabit, ramai mencemuh dan mengatakan strategi dilakukan Ijoy untuk meraih populariti dengan mengedarkan gambarnya bersama Stacy berjaya.
Jelas Ijoy, memang benar dia peminat setia Stacy dan menjadikan penyanyi itu idola, tetapi mempermainkan nama penyanyi itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri bukan prinsip hidupnya.
Dia yang pernah membintangi drama bersiri 6 Progresif sebagai pelakon tambahan lebih rela dikenali atas bakat dan bukan gosip.
Cerita Ijoy lagi, pada asalnya gambar disebarkan itu sebenarnya sudah lama dan dimuat naik dalam laman sosial Facebook sebagai simpanan peribadi.
Dia tidak pasti bagaimana ia boleh terlepas ke tangan pihak lain, seterusnya tersebar di beberapa portal hiburan berserta gosip mengatakan dirinya kekasih terbaru Stacy.
Mendengarkan penjelasan Ijoy, timbul juga kesangsian dan kita tanya kepadanya, mengapa sewaktu gambar itu tersebar akhir tahun lalu dia tidak tampil memberi kenyataan dan menafikan apa yang dikatakan? Mengapa baru sekarang, selepas dia berjinak-jinak dengan dunia lakonan? Jelas Ijoy, pernah juga dia menegur sebuah portal berita hiburan yang menyiarkan gosip terbabit berdasarkan gambarnya bersama Stacy supaya selidik dulu.
Seperkara lagi, katanya, dia tidak mahu bersuara dengan harapan gosip yang cuba dibangkitkan itu reda dengan sendiri, tetapi tidak sangka pula kita menyiarkan kenyataan Stacy mengenainya sehingga menjadi kecoh dan diperkatakan ramai orang.
Kata Ijoy, sebelum dia menceburi bidang lakonan, gambar yang dimuat naik dalam Facebook itu tidak pernah menjadi isu, tetapi sekarang sebaliknya pula berlaku. Apatah lagi dia secara peribadi memang suka memuat naik apa saja aktiviti dilakukan, termasuk apabila berpeluang bertemu Stacy.
Tegas Ijoy, jika difikir secara logik, tidak mungkin dia sesuai menjadi kekasih Stacy, apatah lagi penyanyi itu dianggap sebagai kakak memandangkan perbezaan usia.
Ijoy tidak nafikan kemungkinan ada orang dengki dengan menjadikan gambarnya bersama Stacy sebagai bahan gosip yang boleh memburukkan namanya.
Ijoy juga tidak mahu disebabkan gosip itu hubungan baik dengan Stacy akan keruh dan merayu orang ramai tidak mudah terpengaruh kerana dia hanya peminat Stacy, tidak lebih daripada itu.
Kita sudah menyiarkan kenyataan Ijoy dan sekarang terpulang kepada awak semua untuk menilainya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08
Alahai...nampak muda sangat budaknya...
ReplyDeletehehehehe awet muda tuuu, bagus kan?
Delete