Yuna, Dato` Sheila Majid & Pharell Kongsi Pentas Di Fmfa 2014

Yuna, Dato` Sheila Majid & Pharell Kongsi Pentas Di Fmfa 2014

Yuna, Dato` Sheila Majid & Pharell Kongsi Pentas Di Fmfa 2014

Yuna dan Dato’ Sheila Majid bakal berkongsi pentas dengan rapper terkenal antarabangsa, Pharell pada persembahan hari kemuncak (15 Mac) festival berkenaan.

Gegak gempita festival muzik yang dinanti-nantikan ramai iaitu Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014) bakal menghangatkan Stadium Nasional, Bukit Jalil selama tiga hari berturut-turut bermula 13 hingga 15 Mac depan.

Bukan itu sahaja, malah pentas juga akan bergegar dengan kemunculan Rudimental dan Macklemore & Ryan Lewis yang telah mencipta fenomena tersendiri  dalam revolusi muzik global.

Bakal dihadiri ramai peminat muzik daripada pelbagai genre terutama dari negara Asia Tenggara, Australia dan tidak ketinggalan Eropah, FMFA 2014 dijangka menjadi satu lagi tarikan luar biasa terutama pelancong luar ke negara ini.

Di sinilah bakal berlangsungnya gabungan muzik terhebat seperti techno, trance, dubstep, hardstyles, electro house dan banyak lagi sebagai memberi hiburan baik terbaik kepada peminat untuk tiga hari berturut-turut.

Pengarah Livescape, Iqbal Ameer dalam kenyataannya berkata, FMFA 2014 telah menunjukan perkembangan yang baik, terutama dalam konteks penjualan tiket dan sokongan daripada ramai pihak termasuk penaja.

“Kami sememangnya teruja sebagaimana perasaan yang dirasai oleh peminat semua. Tiket sudahpun dijual dengan rancaknya dan saya menggalakkan orang ramai untuk mendapatkannya bagi menyaksikan festival terbesar di Asia Tenggara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Festival utama yang akan diadakan pada hari ketiga FMFA2014 iaitu pada 15 Mac depan akan turut membariskan nama-nama hebat seperti ATB, Eric Prydz, Goldfish & Blink, Porter Robinson, Martin Garrix, Raekwon &Ghostface Killah of Wu-Tang,  Raising the Bar, SonaOne & Biggie,  Tinie Tempah, Naughty Boy, Dangerdisko ft.

Hari pertama FMFA 2014 bakal menempatkan Deadmau5 &Friends, R3hab, Adventure Club, B.A.T.E dan Eva T. Sementara di pentas utama bakal menyaksikan persembahan Will Sparks, Deniz Koyu, Breaking Diamonds,Double E and DJ Shazz.

Festival untuk hari kedua bakal membariskan pemuzik trance lagenda terhebat Armin Van Buuren diikuti Paul Van Dyk, Markus Schulz, Omnia, Marlo,Andrew Rayel, Trimix dan Ramsey Westwood.

“Kami yakin bahawa FMFA 2014 bakal mendapat sambutan hangat yang akan membawa lebih 75,000 peminat dari merata dunia kerana sudah ada peminat yang terbang dari United Kingdom dan Eropah semata-mata untuk ke festival ini.

“Daripada sambutan luar biasa dua tahun berturut-turut, kami mengharapkan agar tahun ini lebih henat daripada sebelumnya, “ kata Iqbal Ameer.

Keterangan lanjut berkenaan FMFA 2014 boleh didapati menerusi laman web www.futuremusicfestival.asia atau  www.facebook.com/futuremusicasia.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers