Erma Fatima Akur Permintaan Erra Kurangkan Adegan Intim

Erma Fatima Akur Permintaan Erra Kurangkan Adegan Intim

Erma Fatima Akur Permintaan Erra Kurangkan Adegan Intim

Bahang pementasan konsert Teaterikal Suara Kita kian terasa dan kini keseluruhan produksi kini sibuk dan bertungkus lumus memenuhi jadual latihan bagi menampilkan persembahan mantap di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 Mac ini.

Semua maklum mengenai kisah penceraian salah seorang tunggak utama pementasan ini iaitu Erra Fazira menjadikan ia lebih hangat diperkatakan. Namun bagi pengarahnya iaitu Erma Fatima, dia akui terdapat kesukaran dan batas yang harus dia patuhi dalam adegan yang melibatkan aktres jelita tersebut bersama Awie.

“Keserasian diantara Awie dan Erra dilihat masih sama dan mereka dapat menjiwai watak masing-masing bagi adegan yang dipetik daripada filem Sembilu. Namun bagi menghormati status Erra kini dan juga batas norma kita saya terpaksa ubah semula beberapa babak intim di antara mereka.

“Ini kerana ada yang mempertikaikan isu Erra yang masih dalam tempoh edah dan sebagainya tetapi secara hukumnya ia bukanlah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Kalau nak diikutkan, saya mempunyai hak untuk mempertahankan karya ini agar tidak lari daripada jalan cerita sebenar filem. Semua yang pernah menonton Sembilu pasti ingin mendapat gambaran yang sama di dalam pementasan ini,”ujarnya mengenai dakwaan sesetengah pihak mengenai babak intim Awie dan Erra yang dilakonkan sebagai teaser pementasan baru-baru ini.

Bercakap daripada sudut pandangan seorang pengarah, Erma akui bahawa sukar untuk merealisasikan mood yang sama didalam filem ke atas pentas setelah 20 tahun masa berlalu dan pelbagai kisah yang berlaku.

Atas permintaan Erra sendiri yang juga teman baik kepadanya, Erma akur dan cuba yang terbaik untuk tidak menghampakan penonton dan dalam masa yang sama menjaga nama baik Erra sendiri.

“Filem Sembilu adalah filem yang penuh dengan babak-babak intim. Ada di antara babak-babak tersebut yang menjadi kekuatan serta ingatan utama penonton terhadap filem itu.

“Tetapi bagi mengelakkan ia memberikan implikasi negatif pada pelakon, babak intim akan dikurangkan tetapi tidaklah sampai mengubah momentum asal yang dilakonkan mereka dalam filem tersebut.

“Ini adalah permintaan daripada Erra sendiri dan dia yang sudah saya anggap seperti adik saya sendiri, saya cuba untuk tidak mencemarkan nama baiknya,”tambah pengarah itu lagi ketika ditemui pada sesi latihan mereka di Istana Budaya,semalam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers