Cabaran Lebih Mendebarkan Dalam Fear Factor Malaysia 2

Cabaran Lebih Mendebarkan Dalam Fear Factor Malaysia 2

Cabaran Lebih Mendebarkan Dalam Fear Factor Malaysia 2

Peminat-peminat setia penonton Fear Factor Malaysia (FFM) tahun lalu, pastinya tertunggu-tunggu musim kedua program realiti yang menguji ketahanan mental dan fizikal itu.

Lebih-lebih lagi apabila melihat ‘trailer’ program tersebut yang sudah mula dimainkan di kaca TV sejak awal bulan yang lalu.

Program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa itu, menampilkan cabaran-cabaran yang lebih mendebarkan pada musim ini!

Bakal bersiaran pada 15 Februari ini, FFM musim terbaru turut memberi kelainan apabila pasangan selebriti digandingkan dengan peserta bukan dari kalangan artis.

Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing.

Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia Aaron Aziz ditampilkan sebagai pengacara untuk FFM musim kedua ini.

Fear Factor Malaysia 2 akan bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers