FFM2 : Ungku Ismail Dan Fify Pasangan Pertama Tersingkir!

FFM2 : Ungku Ismail Dan Fify Pasangan Pertama Tersingkir!

FFM2 : Ungku Ismail Dan Fify Pasangan Pertama Tersingkir!

Fear factor Malaysia 2 (FFM2) yang menyaksikan persaingan sengit bagi Kumpulan A untuk bertahan sehingga merebut gelaran juara.

Sebanyak tiga cabaran telah dilakukan oleh mereka iaitu 'Jongkang Jongket Langit', 'Perangkap Tikus' dan 'Jatuh Tergelincir'.

Untuk cabaran pertama, mereka perlu mengimbangkan badan dan mengumpul sebanyak mungkin bendera Fear Factor di atas platform dengan ketinggian 30 meter.

Cabaran tersebut menyaksikan pasangan Erin Malek dan Redha telah berjaya mengumpul sebanyak 12 helai bendera.

Bagi cabaran kedua pula, salah seorang daripada pasangan perlu masuk ke dalam sebuah bakul besar yang dipenuhi dengan tikus dan kemudiannya dikunci. Peserta yang berjaya membuka kunci tersebut dengan masa terpantas adalah pemenang.

Kemenangan berpihak kepada pasangan Norman Hakim dan Zarina sekaligus diumumkan sebagai pemenang imuniti manakala Sari Yanti dan Anbia pula di nobatkan sebagai pemenang minggu pertama dan membawa pulang wang berjumlah RM10,000.

Untuk cabaran terakhir, para peserta dikehendaki membunyikan hon pada sebuah kereta yang digantung setinggi 30 meter dan mereka yang mempunyai rekod masa terpantas adalah pemenang.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pelakon, Ungku Ismail, 28 dan pasangan, Fify, 23 apabila mereka gagal dalam cabaran itu dan nama mereka telah disebut oleh hos FFM2, Aaron Aziz sebagai peserta yang tersingkir.

Dengan penyingkiran tersebut, kini tinggal 15 pasangan yang akan meneruskan perjuangan sehingga bergelar juara.

Mampukah pasukan yang menang mengekalkan reputasi mereka?

Sama-sama kita nantikan minggu hadapan.

Fear Factor Malaysia bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135). Program ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan aplikasi Astro-On-The-Go.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers