Nas Adila Sedia Dikaitkan Dengan Datuk Jamal Abdillah Lagi
Meskipun gosip bercinta bersama penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah yang lalu telah memberi kesan yang mendalam kepada diri, namun ianya tidak menghalang buat penyanyi, Nas Adila untuk digandingkan semula dengan penyanyi popular era 80-an itu.
Nas Adila, 27, bakal menjadi penyanyi jemputan untuk Majlis Raikan Hari Ibu Bersama Datuk Jamal Abdillah yang bakal diadakan di Restoran N'Dah Mahligai Shah Alam pada 11 Mei 2014.
Nas Adila berkata dia sudah bersedia untuk dikaitlan lagi dengan penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu seperti sebelum ini asalkan maruahnya sebagai seorang wanita tidak direndahkan.
"Selepas gosip saya dan Abang Jamal tu saya banyak berdiam diri dan menyendiri tapi bila dapat tawaran untuk menyanyi bersama dalam majlis raikan hari ibu saya sendiri tidak menolak dan terus menerimanya kerana saya memang minat Abang Jamal.
"Saya dah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini kerana saya tahu orang pasti akan mengaitkan lagi saya dan Abang Jamal. Namun saya tidak kisah selagi maruah saya terjaga kerana saya sahaja yang tahu kebenarannya.
"Ini pertama kali kami digandingkan selepas gosip tersebut dan saya sendiri belum bercakap dengan Abang Jamal tapi saya harap kami dapat bekerjasama dengan profesional nanti," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media majlis hari ibu tersebut.
Sebelum ini ada gosip timbul yang mengatakan Datuk Jamal mahu datang merisik Nas Adila. Namun kedua-dua penyanyi menafikan dakwaan tersebut.
Sementara itu, Nas memberitahu dia kini sudah bersediah untuk berkahwin namun masih berfikir panjang jika Datuk Jamal mahu masuk meminangnya.
"Saya rasa kalau ada jodoh memang saya sudah bersedia untuk berkahwin tapi jika Datuk Jamal sendiri hendak berkahwin dengan saya dia perlu berjumpa ibu bapa saya dan kemudian saya akan memikirkannya dahulu sebelum membuat keputusan," beritahunya lagi.
Majlis yang bakal dikendalikan oleh pelawak, Jihan Raja Lawak itu hanya terhad kepasa 400 prang sahaja. Tiket dijual dengan harga RM450, RM400 dan RM300 seorang. Tiket dan maklumat lanjut sila hubungi 03-55104187.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.