Liza Abdullah Kecewa Dengan Tuduhan Negatif, Enggan Ulas Isu Cerai

Liza Abdullah Kecewa Dengan Tuduhan Negatif, Enggan Ulas Isu Cerai

Liza Abdullah Kecewa Dengan Tuduhan Negatif, Enggan Ulas Isu Cerai

Sekian lama nama Liza Abdullah mewarnai persada dunia seni selama 32 tahun, baru kini namanya dilanda kontroversi yang melibatkan rumahtangganya yang bergolak dan keputusan untuk berpisah setelah sekian lama hidup bersama.

Namun begitu aktres cantik ini kecewa dengan tindakan serta respon daripada umum mengenai perkara tersebut yang disifatkan seperti menghukumnya tanpa sebarang kesahihan didakwa mereka.

Sebagai seorang artis yang tidak pernah berdepan hal sebegini, Liza mengakui dia terkejut dan sedih.

“Saya sudah lama menjadi anak seni, sudah berkecimpung lebih 32 tahun tetapi bila pertama kali berdepan dengan hal begini, saya kecewa dan berasa sedih bila mana orang yang bercakap ini, mereka lebih tahu daripada saya sendiri.

“Ada yang memberikan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan mereka serta membuat andaian masing-masing terhadap perkara yang mereka pun tidak tahu hujung pangkalnya. Kerana itu saya terkejut dan hairan dengan respons peminat sekarang,” ujarnya ketika ditanyakan mengenai hal rumahtangganya yang kini dibawa ke muka pengadilan atas sebab-sebab tertentu.

Mengenai status dan perkembangan kes tersebut, Liza tidak mahu mengulas lebih kerana tidak mahu lagi pihak yang tidak bertanggungjawab ini terus menghukum dan memberikan persepsi negatif terhadapnya.

Dia juga kesal dengan tuduhan kononnya populariti diraih kini menyebabkan dia melupakan rumahtangga walhal dia sudah lama berkahwin iaitu selama 26 tahun dan telah menjadi anak seni selama lebih 30 tahun.

“Sebab itulah kalau boleh saya tidak mahu memberikan komen atau memperpanjangkan isu yang merupakan rahsia mahkamah walaupun kini saya tahu pihak pengadilan sendiri adakalanya tidak telus menyimpan maklumat hinggakan ada orang diluar dapat mengetahui mengenainya.

“Kami iaitu saya dan suami tidak mempunyai sebarang masalah dan tidak ada bergaduh dan sebagainya. Ia cuma langkah dan cara yang dirasakan perlu diambil untuk memberi peluang untuk saya dan suami cuba membawa haluan sendiri.

“Tetapi itu cuma rencana awalnya, setelah apa yang berlaku dan sebagainya, saya tidak boleh untuk menjawab hal ini lagi.

“Kami tidak ada bergaduh sebab itu saya pun tidak mahu sebarang komen memburukkan lagi nama saya dan suami terutama sekali keluarga mertua yang sangat baik kepada saya,” tambah Liza yang kecewa dengan reaksi peminat dan umum yang suka berlebih-lebih kala mendengar sesuatu cerita mengenai selebriti dan mula membuat andaian sendiri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers