Hidangan Pelik Tapi Halal Dalam Fear Factor Malaysia 2

Hidangan Pelik Tapi Halal Dalam Fear Factor Malaysia 2

Hidangan Pelik Tapi Halal Dalam Fear Factor Malaysia 2

Tinggal dua hari lagi program realiti hebat, Fear Factor Malaysia 2 bakal ditayangkan dan menariknya buat pertama kali cabaran makanan pelik telah diperkenalkan untuk musim terbaru ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata tidak perlu risau mengenai status cabaran tersebut kerana mereka telah membuat rujukan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu.

“Ini pertama kali cabaran makanan diadakan... Untuk elakkan daripada berlaku sebarang isu atau kontroversi mengenai status makanan tersebut, kami telah membuat beberapa senarai makanan untuk dirujuk kepada JAKIM sebelum cabaran tersebut diberikan kepada peserta.

“Pihak kami menjalinkan kerjasama dengan JAKIM untuk memastikan cabaran makanan itu adalah halal... Jadi penonton tidak perlu berasa khuatir dengan status makanan pelik yang bakal dihidangkan nanti,” ujarnya ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan peserta Fear Factor Malaysia di Talent Lounge, Menara Bata, pada Selasa.

Selain itu Raqim juga memberitahu cabaran kali ini lebih mendebarkan dan agak sukar berbanding tahun lalu.

“Tidak dinafikan cabaran mereka lebih sukar... Namun semangat dan kerjasama di antara selebriti dan pasangan mereka adalah terbaik dan sejujurnya saya sendiri tidak sabar untuk mengikuti perjalanan mereka,” ujarnya.

Fear Factor Malaysia akan mula bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 15 Februari ini di Astro Ria (saluran104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135). Program ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan aplikasi Astro-On-The-Go.

Manakala Akses Fear Factor Malaysia pula akan bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 16 Februari 2014.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan serta video pasangan Fear Factor Malaysia pilihan anda di lawan web rasmi www.fearfactor.com.my , laman facebook di www.facebook.com/FearFactorMalaysia dan twitter rasmi di www.twitter.com.FearFactorMY.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers