Zara Zya Dedah Rahsia Kemenangan Di Anugerah Meletop Era

Zara Zya Dedah Rahsia Kemenangan Di Anugerah Meletop Era

Zara Zya Dedah Rahsia Kemenangan Di Anugerah Meletop Era

Zara Zya mungkin masih baru dalam industri hiburan tanah air, namun nama aktres berusia 28 tahun mula meningkat naik selepas dia membintangi drama bersiri Love You Mr Arrogant tidak berapa lama dahulu.

Kemuncaknya ialah apabila dia diumumkan sebagai Artis Baru MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era malam Sabtu lalu. Lebh mengejutkan, Zara Zya turut menewaskan nama-nama besar lain apabila dia diumumkan sebagai pemenang anugerah utama iaitu Top Top MeleTOP kategori wanita.

Sudah tentunya kemenangan aktres yang berasal dari Perak ini mengejutkan ramai pihak namun bagi Zara Zya, dia mungkin mempunyai rahsianya tersendiri.

Untuk mengetahui sendiri komen dan ulasan kemenangan Zara Zya di Anugerah MeleTOP Era, jangan lupa untuk menyaksikan program MeleTOP malam ini di mana Zara akan hadir sebagai tetamu jemputan program itu.

Selain Zara, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia iaitu Hafiz Suip turut akan berada di MeleTOP malam ini selepas dia mencatat kejayaan hatrik meraih anugerah bagi kategori Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan Group/Duo MeleTOP.

Kejayaan Hafiz ini meneruskan kesinambungan kejayaannya sebelum ini di Anugerah Juara Lagu bulan lalu.

Bakat yang ada pada Hafiz juga tidak perlu dipertikaikan selepas sering mendapat pengiktirafan dalam bidang muzik tempatan mahupun antarabangsa.

Nantikan juga kemunculan semula pengacara asal program MeleTOP, Neelofa yang kembali menerajui MeleTOP bersama Nabil Ahmad selepas lebih sebulan tidak muncul di program ini.

Jangan lupa menyaksikan MeleTOP, malam ini yang akan ke udara jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers