Tiga Guna Nad Zainal, Arja Lee Dalam Single Pertama, Pengakuan

Tiga Guna Nad Zainal, Arja Lee Dalam Single Pertama, Pengakuan

Tiga Guna Nad Zainal, Arja Lee Dalam Single Pertama, Pengakuan

Kumpulan Tiga telah mempertaruhkan dua pelakon hebat iaitu Nad Zainal dan Arja Lee di dalam muzik video pertama mereka untuk single sulung, Pengakuan.

Salah seorang anggota Tiga iaitu Alfie atau Syed Alfrizal,26, berkata pilihan pelakon untuk berlakon bersama dalam video klip mereka dilakukan bersama dengan dua ahli lain kerana  merasakan ianya dapat memberi impak dalam video klip pertama itu

"Sebenarnya sejak daripada mula-mula kami terfikir untuk melakukan muzik video, memang banyak juga nama-nama besar yang kami senaraikan tetapi dengan usaha kami menghubungi mereka hanya dua pelakon ini sahaja yang available ketika itu.

"Kami tak sangka dan bersyukur sebagai pendatang baru kami sendiri berjaya mendapatkan mereka untuk bersama dalam muzik video kami.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis ini kerana dapat bersama-sama menjayakan muzik video ini," katanya di majlis pelancaran muzik video tersebut.

Selain Alfie, Tiga turut dianggotai oleh Maya Haryanto,22, dan Zack Merican,21.

Single Pengakuan yang dicipta oleh Alyah dan muziknya disusun oleh Rafikoncept iru telah dilancarkan pada Oktober lalu.

Mengulas mengenai muzik video tersebut, Zack memberitahu idea asalnya datang dari mereka dan dioleh lebih rapi oleh pengarahnya, Huzafi Ali dari Qubu Hero Studio.

"Dalam muzik video ini ada 3 kisah dari setiap daripada kami. saya sebagai suami telah mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri yang dilakonkan oleh Sarah My Star LG dan mempunyai hubungan sulit bersama perempuan lain iaitu Nad Zainal.

"Tragisnya Nad juga merupakan kekasih Alfie yang membentuk satu dimensi cinta tiga segi.

"Sebuah lagi kisah mengenai Maya yang melarikan diri dari majlis perkahwinannya kerana tidak mahu kisah silamnya yang diperkosa diketahui oleh bakal suaminya iaitu Arja Lee," jelasnya.

Penggambaran muzik video yang dijalankan sekitar lembah kelang itu mengambil masa dalam 3 hari sahaja.

Mengenai perkembangan lain, Tiga kini dalam proses pembikinan single kedua berjudul Kamu. Single yang dicipta oleh Alfie dan liriknya oleh Alyah itu dijangka akan dilancarkan pada April ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers