Bekas Ahli Bomba, Hisyam Hamid Selesa Status Diketahui Umum

Bekas Ahli Bomba, Hisyam Hamid Selesa Status Diketahui Umum

Bekas Ahli Bomba, Hisyam Hamid Selesa Status Diketahui Umum

Dalam sekelip mata nama Hisyam Hamid jadi bualan kerana fenomena Ariana Rose yang baru sahaja habis disiarkan dan kini aktor yang berasal daripada seberang Tambak Johor ini telah bersedia untuk terjun dalam dunia glamor walaupun sudah lama sebenarnya berkecimpung dalam dunia lakonan.

Hisyam yang baru sebulan melepaskan jawatan sebagai anggota bomba di Singapura dilihat memacu kariernya kini jauh daripada lapangan penuh bahaya yang dijawatnya selama 6 tahun itu setelah melihat penerimaan baik industri hiburan di negara ini.

Dikatakan menggunakan formula seakan aktor popular Aaron Aziz, namun buat Hisyam pula, percaturannya ini bakal menentukan masa depannya kelak dan dia mengakui ingin berjaya seperti pengacara Fear Factor itu.

“Saya tidak dapat menolak pandangan orang yang mengaitkan saya dengan Aaron Aziz, tetapi saya cuba untuk melihatnya daripada sudut positif. Saya mahu berjaya seperti dia tapi tak bermakna saya nak jadi Aaron Aziz yang kedua.

“Dunia lakonan memang minat saya daripada dahulu lagi. Tetapi oleh kerana industri di Singapura tidak semeriah disini, ia dijadikan karier kedua saya kerana pekerjaan tetap saya dahulu adalah sebagai ahli bomba.

“Setelah melihat perkembangan positif di sini, barulah saya berani melepaskan jawatan setelah enam tahun berkhidmat. Saya nak ambil masa setahun dan lihat bagaimana perkembangan karier sebagai pelakon dan ini risiko yang saya ambil sendiri.

“Alhamdulillah buat masa ini memang murah rezeki dan sebab itulah juga saya meminta isteri saya untuk letak jawatan dan menjadi pengurus saya,”ujar aktor kacak yang ditemui di sidang akhbar ABPBH 2013 baru-baru ini.

Apabila ramai mengetahui status aktor ini merupakan bapa kepada 2 orang cahayamata masing-masing 7 dan 5 tahun, tetapi buat Hisyam sendiri, dia mengakui lebih selesa bila peminat mengetahui mengenai hal ini. Isterinya kini merangkap pengurusnya juga itu telah dikahwininya 8 tahun yang lalu.

“Memang tak dinafikan macam-macam reaksi yang diterima bila tahu saya telah berumahtangga dan memiliki 2 orang anak. Syukur kerana kebanyakkannya positif dan mereka suka saya menjelaskan status saya sebenarnya.

“Saya tiada masalah kerana rezeki itu datang daripada Allah SWT dan saya ingin mencuba nasib.  Dalam masa yang sama, bidang ini adalah minat saya dan saya ingin tonjolkan bakat dan juga belajar untuk memantapkan skil lakonan.

“Soal status bukan penentu dan biarlah mereka terima Hisyam Hamid sebagaimana diri saya yang sebenarnya,”ucapnya lagi yang hadir ditemani isterinya, Rosmawati Hanafi.

Bintang baru yang kian mendapat tempat di hati peminat tempatan ini kini sedang sibuk memenuhi tawaran berlakon dan akan muncul dengan Latte @Kopi Tarik tidak lama lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers