Bunkface Kini Bernaung Di Bawah Sony Music

Bunkface Kini Bernaung Di Bawah Sony Music

Bunkface Kini Bernaung Di Bawah Sony Music

Bermula dengan menyertai pertandingan pencarian band Blastoff, tiga anak muda yang menggelarkan diri mereka Bunkface ini mula mewarnai industri muzik tempatan apabila muncul dengan single pertama yang berjudul Silly Lilly.

Dianggotai oleh Sam, Pa’an dan Youk, mereka bertiga terus mengorak langkah dengan kejayaan Silly Lilly dan merakamkan Situasi yang menjadi pencetus kejayaan kepada kumpulan ini sehinggakan mereka menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu ke 24 pada tahun 2010 yang lalu.

Kini bersama dengan Sony Music Entertainment Malaysia, Bunkface telah berkolaborasi dengan lagenda rock tempatan Amy Search untuk single yang berjudul Rentak Laguku.

Ia bukan sekadar kolaborasi yang biasa, tetapi lagu ini nyata mendapat sambutan hangat daripada peminat dengan karya yang bermutu tinggi ini.

Syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia tidak membuang masa untuk menyunting Bunkface yang selama ini menjadi kumpulan muzik indie yang tidak bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman.

Mereka ingin membantu untuk membawa nama Bunkface ke peringkat yang lebih tinggi dengan kebolehan dan potensi yang ditunjukkan mereka.

“Kami merasakan potensi serta kualiti yang ditunjukkan oleh Bunkface dan Sony Music tampil untuk memperkembangkan lagi langkah mereka didalam industri muzik tempatan mahupun antarabangsa.

“Tawaran yang diterima dengan baik oleh Bunkface akan menjadi jaminan untuk kami di Sony Music meneruskan kejayaan demi kejayaan yang dilakar kumpulan ini yang setanding Daughtry, Boys Like Girls dan Foo Fighters,” ucap Mr Julius yang merupakan Pengarah Urusan, Sony Music Entertainment, Malaysia & Singapore di sebuah acara khas diadakan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur,semalam.

Acara santai itu turut menyaksikan kehadiran Amy Search yang turut membuat persembahan live bersama Bunkface bagi single terbaru mereka Rentak Laguku. Band lain daripada Sony Music iaitu Persis dan Num3ers turut dijemput mengadakan persembahan pada acara tersebut.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers