Keith Foo Nafi Pulang Ke Malaysia Selepas Tak Laku Di Indonesia

Keith Foo Nafi Pulang Ke Malaysia Selepas Tak Laku Di Indonesia

Keith Foo Nafi Pulang Ke Malaysia Selepas Tak Laku Di Indonesia

Keith Foo yang sedang meningkat naik dengan drama Ariana Rose menafikan kepulangan ke Malaysia adalah kerana popularitinya di Indonesia telah merudum.

Sebaliknya, Keith Foo berkata kepulangannya ke Malaysia adalah untuk mencabar diri sendiri dalam industri lakonan tempatan serta sudah tiba masanya untuk dia menyumbang kepada indutsri hiburan di negara kelahirannya.

“Sebenarnya, bukan kerana laku atau tak laku. Cuma saya rasa sudah tiba masanya saya kembali ke Malaysia dan menyumbang dan berbakti kepada industri lakonan di sini selepas 10 tahun merantau di negara orang.

“Kalau nak cakap tak laku,  saya masih lagi menerima tawaran berlakon di Indonesia. Malah sejak akhir tahun lalu, saya masih lagi berulang alik ke Indonesia  untuk memenuhi tawaran berlakon di sana.

“Cuma tahun ini, saya akan lebih fokus dalam kerjaya lakonan saya di sini berbanding Indonesia. Lagi pun saya gembira dapat berkerja di sini kerana dekat dengan keluarga,” katanya kepada murai.com.my ketika majlis tayangan eksklusif drama Ariana Rose di One Utama, petang semalam.

Selain Keith Foo, drama bersiri popular di TV3, Ariana Rose turut dibintangi oleh Nurfathiya, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee dan ramai lagi.

Ariana Rose mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan penonton apabila berjaya membolosi takhta trending di laman sosial Twitter disamping mencatat kadar keseluruhan tontonan sebanyak 2.7 penonton setakat 25 episod ia ditayangkan.

Mengulas lanjut mengenai drama bersiri tersebut, Keith Foo yang memegang watak Tengku Adam memberitahu tidak menyangka mendapat respon yang sangat postif daripada ramai peminat dan sekaligus melonjakkan namanya.

“Terus-terang saya sendiri tidak menyangka penerimaan yang hebat daripada penonton. Respon yang diberikan, membuatkan saya merendahkan diri untuk beri yang terbaik lagi dan memperbaiki apa yang kurang.

“Malah, respon yang baik ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkerja atau berlakon dalam drama atau filem seterusnya,” jelasnya lagi.

Ariana Rose bakal melabuhkan tirainya dalam episode 28 pada13 Februari ini. Drama ini mengisahkan mengenai seorang wanita Ariana Rose yang teranaiya dan akhirnya hidup bahagia dengan watak utamanya Tengku Adam.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers