Lisa Surihani Tak Kekok Ditegur Yusry Sebagai Pelakon

Lisa Surihani Tak Kekok Ditegur Yusry Sebagai Pelakon

Lisa Surihani Tak Kekok Ditegur Yusry Sebagai Pelakon

Lisa Surihani akui tidak kekok meskipun turut menerima teguran daripada Yusry Abdul Halim.

Lisa Surihani berkata dia sendiri tidak pernah menyangka boleh bekerja dengan begitu profesional ketika di set filem Cicakman 3 bersama dengan suaminya.

“Sebelum ini iaitu sebelum saya mengenali Yusry sebagai kekasih pun, saya memang idam untuk berlakon di bawa arahannya kerana dia di anatara pengarah yang saya kagumi di Malaysia.

“Tapi selepas berkahwin, saya sendiri tak pernah terfikir sama ada saya boleh bekerjasama dengannya atau tidak. Sehinggalah KRU tawarkan saya untuk berlakon dalam filem ini dan saya terus bersetuju.

“Alhamdulillah, selama dalam sesi penggambaran ini, ianya berjalan dengan baik. Yusry sendiri memanggil saya dengan nama watak saya iaitu Linda ketika on set. Dia mengarah saya seperti dia mengarah pelakon lain. Tapi bila off set kami kembali berkelakuan seperti suami isteri,” katanya kepada murai.com.my.

Lisa ditemui bersama beberapa pelakon lain ketika sesi penggambaran filem Cicakman 3 di SEGI College, Kota Damansara, petang semalam.

Selain Lisa, Cicakman 3 turut dibintangi pelakon lain seperti Zizan Razak, Fizz Fairuz, Rykal, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Mengulas mengenai pengalamannya yang digandingkan dengan Zizan Razak sebagai pasangan suami isteri dalam filem aksi itu, Lisa beritahu ianya satu pengalaman yang menyeronokan.

“Seperti yang kita tahu Zizan seorang yang kelakar dan memang setiap masa kami akan ketawa dengan lawaknya, Tapi dia seorang yang professional, bila on set kami berlakon seperti biasa.

“Dia tahu nak bawa diri dia, kelucuan Zizan buat saya seronok untuk bekerja dan tak stress,” luahnya lagi.

Cicakman 3, yang dterbitkan oleh KRU Studios bersama Astro Shaw Sdn Bhd dan Grand Brilliance kini masih lagi dalam proses penggambaran sekitar lembah kelang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers