Nazim Othman Mahu Tunjuk Belang Dalam Single Destinasi

Nazim Othman Mahu Tunjuk Belang Dalam Single Destinasi

Nazim Othman Mahu Tunjuk Belang Dalam Single Destinasi

Nazim Othman,30, kini sudah mula berjinak-jinak dengan dunia nyanyian yang sudah sekian lama menjadi impiannya.

Single pertamanya yang mempertaruhkan muzik rancak berjudul Destinasi bakal diperdengarkan serta dipertontonkan kepada peminat tidak lama lagi sebaik sahaja proses pembikinan klip video berkenaan siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat ini.

Bercakap kepada portal murai.com.my, Nazim Othman berkata sudah menjadi impiannya sejak sekian lama untuk melahirkan lagu sendiri walaupun menyedari namanya lebih popular sebagai pelakon dan juga model terkenal.

“Saya memang ingin mencuba sesuatu yang orang lain tak tahu dan kalau boleh saya mahu jadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya saya selepas ini.

“Bagaimanapun saya sedar ianya agak sukar kerana saya sudahpun memasuki usia 30 tahun. Tapi bagi saya, lebih baik saya mencubanya sekarang daripada tidak mencubanya langsung,” katanya ketika dihubungi.

Destinasi ciptaan Mohariz Yaakob, manakala lirik oleh Nurfatimah telah pun dirakamkan sepenuhnya sejak tahun lalu, namun ia baru sahaja selesai menjalani proses rakaman video klip baru-baru ini.

Jelas Nazim, Destinasi merupakan sebuah lagu berirama rancak yang disempurnakannya dengan caranya sendiri dan mengetengahkan konsep tarian seakan-akan muzik K-Pop.

Namun tidak mahu terikat dengan konsep lagu cinta, Nazim Othman telah berbincang dengan Nurfatimah supaya mengubah lirik lagu itu supaya dapat dijadikan motivasi kepada generasi muda hari ini dalam usaha mereka mengejar cita-cita.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers