3 Pelakon Utama Kami Histeria Buat Hal Di Panggung

3 Pelakon Utama Kami Histeria Buat Hal Di Panggung

3 Pelakon Utama Kami Histeria Buat Hal Di Panggung

Entah mengapa, pada petang Ahad lalu tiba-tiba salah satu panggung di TGV KLCC telah disergah oleh tiga orang pelakon utama filem Kami Histeria iaitu Diana Danielle, Nur Fazura dan Sarah Ali ketika penonton sedang asyik menunggu tayangan filem berkenaan.

Penulis yang turut berada di dalam panggung berkenaan turut menjadi canggung dan pelik kerana kalau nak diikutkan itu bukanlah majlis preview atau tayangan istimewa peminat bersama-sama pelakon filem berkenaan.

Tetapi entah mengapa, tiba-tiba wajah Diana Danielle muncul dari pintu belakang panggung yang semakin diisi dengan penonton yang datang untuk menyokong filem terbitan tempatan itu.

Datang sendirian tanpa suami dan anak di sisi, Diana Danielle tiba-tiba memberikan ucapan selamat datang kepada penonton di dalam panggung dan berterima kasih atas sokongan para peminat yang menyokong filem berkenaan.

Dalam pertemuan singkat itu, sempat juga Diana Danielle bermain soal jawab dengan beberapa orang penonton berkaitan filem berkenaan dan mereka yang berjaya menjawab dengan betul telah diberikan hadiah istimewa.

Suasana panggung yang penuh dengan kejutan itu semakin ceria apabila Diana Danielle mengumumkan ketibaan seorang lagi pelakon Kami Histeria iaitu Nur Fazura dan Sarah Ali.

Sempat juga Nur Fazura yang memegang watak Langsuir dalam filem berkenaan, memberikan ucapan alu-aluan dan terima kasih atas sokongan tidak berbelah penonton terhadap filem terbaru terbitan Red Communications SdnBhd itu.

Malah sebelum mereka bertiga beredar dari panggung berkenaan, salah seorang peminat telah melayangkan kata-kata ‘we love you Cik Lang’ sebagai satu penghargaan akan keberkesanan lakonan pelakon jelita itu dalam filem terbaru lakonannya itu.

Bagaikan sudah berjanji untuk membuat kejutan kepada penonton yang hadir menyaksikan filem berkenaan pada hari itu, mereka bertiga turut tampil seakan sedondon dengan gaya kasual dengan menjinjing beg Chanel di bahu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers