Awi Rafael Gembira Hanez Suraya Bakal Berkahwin

Awi Rafael Gembira Hanez Suraya Bakal Berkahwin

Awi Rafael Gembira Hanez Suraya Bakal Berkahwin

Awi Rafael akui gembira apabila mendapat tahu bekas kekasihnya, Hanez Suraya bakal berkahwin tidak lama lagi.

Awi Rafael berkata meskipun dia dan pelakon Autumn Dihatiku itu sudah berpisah tetapi dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Hanez Suraya.

"Terus-terang saya baru tahu berita ini selepas wartawan bertanyakan komen saya kerana jujur saya sendiri tidak tahu menahu mengenainya.

"Namun saya cukup bersyukur dan gembira apabila mendapat tahunya kerana saya memang sentiasa berharap dan berdoa agar dia bahagia walaupun kami sudah berpisah," katanya kepada murai.com.my ketika majlis Wrap Party Propaganza di D' Tasik Hotel Residence, Kajang, semalam.

Pelakon jelita, Hanez Suraya,29, menerusi Metro Ahad baru-baru ini dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berusia 34 tahun pada tahun ini.

Ahli perniagaan tersebut dikatakan sudah pun bertemu dengan ahli keluarga Hanez untuk melamar. Tarikh pertunangan dan tarikh pernikahan juga sudah dibincangkan. Dikatakan majlis pertunangan akan diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Awi pula memberitahu dia kini sibuk dengan syarikat produksi yang baru ditubuhnya dan belum ada pengganti selepas berpisah dengan pelakon jelita berkenaan.

"Saya belum terfikir untuk ada kekasih lagi.. Kini saya sedang sibuk menguruskan syarikat produksi saya iaitu Runway Productions Sdn Bhd.

"Setelah setahun ditubuhkan, saya sudah menerbitkan sebuah filem Bravo dan bakal memulakan sebuah filem baru iaitu Tuli Sekampung," beritahunya.

Awi dan Hanez pernah bercinta dan hubungan mereka tidak dapat bertahan lama dan akhirnya putus di tengah jalan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers