Tak Akan Berehat, Erra Fazira Tetap Mengacara Primadona

Tak Akan Berehat, Erra Fazira Tetap Mengacara Primadona

Tak Akan Berehat, Erra Fazira Tetap Mengacara Primadona

Erra Fazira merupakan salah seorang pengacara program bual bicara terbitan Astro iaitu Primadona.

Walaupun kes penceraiannya baru sahaja berlalu iaitu Selasa lalu, namun penggambaran program tersebut masih lagi diteruskan seperti biasa.

Menurut penerbit program bual bicara tersebut, Nor Zeha Mohd Salleh berkata setakat ini aktres tersebut tidak meminta untuk membuat sebarang penangguhan penggambaran Primadona.

“Kami akan teruskan penggambaran seperti biasa dan setakat ini, Erra tidak mengalami sebarang masalah.

“Dia juga hadir ke sesi `rehearsal` seperti biasa dan berada dalam keadaan baik jadi saya rasa perkara tersebut tidak akan mengganggu sesi penggambaran Primadona,” ujarnya ketika dihubungi Murai.

Selain itu Nor Zeha juga memberitahu jika Erra mahu menangguhkannya ia akan sedikit menjejaskan penggambaran memandangkan tiga pengacara program tersebut merupakan nama-nama besar dalam industri dan pasti mempunyai jadual yang padat.

“Saya juga faham jika penggambaran ditangguhkan, akan menjadi sedikit masalah kerana pengacara Primadona masing-masing sibuk dengan kerja mereka selain jadual mereka yang agak padat.

“Mungkin agak sukar untuk kumpulkan mereka bersama, masalah dengan jadual pula yang akan timbul nanti. Jadi buat masa sekarang semuanya berjalan dengan lancar.” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers