Hisyam Hamid Segan Berpeluk Dengan Artis Wanita Depan Isteri
Hisyam Hamid, 29, akui segan dengan isteri untuk beraksi atau berpelukan dengan artis wanita ketika sesi penggambaran.
Hisyam Hamid yang kini sedang popular dengan drama Ariana Rose di TV3 berkata jika isterinya, Rosmawati Hanafi, 33, yang kini merupakan pengurusnya itu ada bersama ketika dia bekerja dia pasti akan kekok.
"Walaupun saya tahu dia (isteri) memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon, saya tahu hati wanita sedikit sebanyak,mesti ada sekelumit perasaan cemburu itu bila lihat saya bermesra dengan artis wanita lain.
"Namun isteri saya selalu memberi respon yang sebaliknya apabila dia sendiri menyuruh saya supaya tidak nampak terlalu kekok ketika sebuah sesi penggambaran diadakan," katanya kepada murai.com.my ketika majlis tayangan eksklusif drama Ariana Rose di One Utama, petang semalam.
Hisyam sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak 12 tahun lalu di Singapura dan baru sahaja bertapak di Malaysia sejak Septemper tahun lalu.
Hisyam memberitahu dia bersyukur kerana isterinya sangat menyokongnya dan dia berpendapat status sebagai suami orang itu tidak akan menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon.
"Dia kenal saya sebelum saya bergelar pelakon. Dia sentiasa menyokong perjalanan kerjaya seni saya.
"Jadi, saya berjanji dengan isteri saya apa yang terjadi di set penggambaran tidak akan terbawa-bawa ke luar. Malah bagi saya status sebagai suami tidak menjadi masalah," jelasnya lagi.
Membawa watak bernama Harith dalam Ariana Rose, Hisyam berkata dia agak gentar apabila dapat berganding dengan pelakon-pelakon utamanya seperti Keith Foo dan Nurfathiya.
"Alhamdulilah saya bersyukur atas rezeki yang diberikan. Mulanya saya berasa gementar kerana pelakon yang bergandingam dengan saya semuanya handal-handal belaka . Saya sendiri yang meletakan tekanan untuk diri saya dalam melakukan yang terbaik demi menjayakan watak ini," luahnya.
Selain Ariana Rose, Hisyam akan muncul dalam drama Tuan Rumah Pembantu Rumah dan Latte at Kopi Tarik.
habis tu kalau belakang isteri bolehlah yer... adoiii lelaki...
ReplyDeleteila suka dia berlakon... =)
ReplyDelete